LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Tuesday 18 October 2011

Widgets

BAYI MATI DENGAN KESAN KELARAN DI ASRAMA SEKOLAH



Menurut sumber, inilah bayi tersebut


17 Oktober, 2011 17:18 PM

Bayi Baru Lahir Ditemui Mati Dengan Kesan Kelaran Di Asrama Sekolah
BETONG, 17 Okt (Bernama) -- Seorang bayi perempuan yang dipercayai dilahirkan kurang daripada 24 jam lalu, ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah, di sini Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Betong ASP Hendry Nyuhai berkata susulan kejadian itu, polis menahan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 9.15 pagi Isnin baagi membantu siasatan.

"Selepas menerima laporan daripada pihak sekolah, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Betong ke lokasi kejadian dan menemui seorang bayi perempuan yang sudah meninggal dengan beberapa kesan luka di bahagian leher, perut dan belakang badan," katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau berkata mayat bayi malang itu ditemui terbaring bersebelahan katil pelajar perempuan berkenaan.

Katanya polis turut merampas sebilah pisau yang ditemui disorokkan dalam selimut di tempat kejadian.

Pelajar perempuan itu dihantar ke Hospital Umum Betong bagi mendapat rawatan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Informasi sumbangan BERNAMA.

[Tingkatkan kelajuan internet anda? Klik free info di sini]

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX