LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Monday, 24 October 2011

Widgets

GEMPAR!!! SOALAN SEJARAH SPM 2011 BOCOR LAGI




Sebelum Sejarah Malaysia ditulis semula(ye ke?), apa kata kita tengok dulu soalan Sejarah SPM 2011 yang dikatakan bocor. 15 soalan objektif bro. Jual jadi kaya ni. Calon SPM sure nak beli ni. Gempar beb! Boleh panggil TV3. Jom kita terjah bersama.....

Senyum Petang

Soalan Matapelajaran Sejarah SPM 2011

Jangan buka kertas soalan sehingga diberitahu.

20 minit

15 Soalan

Jawab semua soalan



Dilarang merokok, menghisap ganja, morfine, syabu, dada, minum ubat batuk, arak, daun ketum, makan metadone, sebutec, pil ketamin, pil kuda, pil ekstasi, pil perancang semasa menjawab, kalau tidak anda akan diGAGALkan.



1. Siapakah yang membuka Melaka?

a. Param

b. Parameswari

c. Paramugari Terlampau

d. Parameswara

e. Parang Kontot



2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di
sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?

a. Kapten Hook

b. Kapten Crook

c. Kapten Cook

d. Kapten Cool

e. Kapten Crocs



3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?

a. Brooke Shields

b. Justin Bieber

c. James Bond

d. Sapok Biki anak Mickey

e. James Brooke



4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?

a. Torch Light

b. Traffic Light

c. L.E.D Light

d. Light and Easy

e. Francis Light



5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang...

a. Tuk Janggut

b. Tuk Misai

c. Tuk Sideburn

d. Tuk Misai A Galak

e. Ayah Maliki



6. Pahlawan Melayu di Pahang..

a. Mat Kilau

b. Mat Silau

c. M Daud Kilau

d. Mat Sentul

e. Mat Rempit



7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh
Datuk Maharajalela?

a. Jawa Jerongos

b. J.W.W Birch

c. Jay Jay

d. J.W.Marriot

e. Jawa Rangers



8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?

a. Ayam Belanda

b. Bela Anda

c. Blender

d. Belanda

e. Blunder



9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada
Sultan Melaka?

a. 7 dulang hati nyamuk

b. 7 dulang tongkeng ayam

c. 7 dulang tahi hidung

d. 7 dulang mata kerengga

e. 7 dulang gigi arnab



10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?

a. Tun Mahathir

b. Tiara Jacqualin

c. Tun Tak Tahu Eja

d. Tun Teja

e. Arnold Susahanakeja



11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan
Melaka?

a. Puteri Hang Li Po

b. Puteri Sinentron

c. Puteri Opah Hang!

d. Puteri Hang Go Poh

e. Puteri Hang Cing



12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?

a. Ikan Bilis

b. Ikan Masin

c. Ikan Kembung Masak Asam

d. Ikan kekek mak iloi-iloi

e. Ikan Todak



13. Siapakah Ketua Kominis Malaya?

a. Chin Dai

b. Chin Peng

c. Soh Chin Aun

d. Chim Pan Zee

e. Chin Chau



14. Siapakah diantara berikut adalah Laksamana Melaka yang
terbilang?

a. Hang Tuah

b. Hang Buah

c. Hang Limau Kasturi

d. Hang Kuah

e. Putera Shazlan



15. Laksamana manakah yang derhaka kepada Sultan Melaka?

a. Hang Sebat

b. Hang Lebat

c. Hang Jebat

d. Hang Berat

e. Ham Peh

Dah boleh hafal jawapannya? Dah. OK leh. Jangan lupa, untuk amalan ibubapa ketika anak menghadapi peperiksaan, klik di sini.

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX