LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday, 19 October 2011

Widgets

KEJOHANAN BASIKAL BUKIT ANTARABANGSA LANGKAWI



LANGKAWI, 18 Okt -- Seramai 250 pelumba acara merentas desa maraton sejauh 62 kilometer peringkat pertama memulakan pertarungan pada Kejohanan Basikal Bukit Antrabangsa Langkawi 2011 (LIMBC) di Komplek Sukan Langkawi di sini hari ini.
Empat peringkat lain yang dipertandingkan iaitu acara Merentas Desa Olimpik di kampung Tok Senik, acara Perlumbaan Lasak di Telaga Harbour Park, acara Raja Bukit Gunung Raya dan acara Merentas Desa Jarak Dekat berakhir pada 23 Okt ini.
Foto sumbangan BERNAMA



LANGKAWI, 18 Okt -- Sebahagian pelumba basikal bukit mengharungi cabaran melintas Sungai Kisap dalam acara Merentas Desa Maraton sejauh 62 km pada Kejohanan Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMBC) di sini hari ini. Seramai 250 pelumba dalam dan luar negara menyertai kejohanan tersebut.
Foto sumbangan BERNAMA



LANGKAWI, 18 Okt -- TAYAR PANCIT ... Pelumba Australia, Andrew Paul Davison (kanan) tetap gagah bangun semula walau tayar basikal tunggangannya pancit selepas mengharungi Sungai Kisap dalam acara Merentas Desa Maraton sejauh 62 km pada Kejohanan Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMBC) di sini hari ini.
Foto sumbangan BERNAMA



LANGKAWI, 18 Okt -- PUAS ... Pelumba ke-6 dunia Burry Stander (kiri) dari Afrika Selatan puas setelah berjaya mengakhiri garisan penamat sebagai juara pada peringkat pertama acara merentas desa maraton sejauh 62 km katogeri lelaki elit Kejohanan Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMBC) di sini hari ini.
Empat peringkat lain yang dipertandingkan iaitu acara Merentas Desa Olimpik di kampung Tok Senik, acara Perlumbaan Lasak di Telaga Harbour Park, acara Raja Bukit Gunung Raya dan acara Merentas Desa Jarak Dekat berakhir pada 23 Okt ini.
Empat peringkat lagi akan dipertandingkan iaitu acara merentas desa Olimpik di kampung Tok Senik, acara perlumbaan lasak di Telaga Harbour Park, acara raja bukit Gunung Raya dan acara merentas desa jarak dekat berakhir pada 23 Okt ini.
Foto sumbangan BERNAMA



LANGKAWI, 18 Okt -- Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad (tengah) bersama Pengerusi penganjur pelumbaan Datuk Malik Mydin memberi jersi kuning kepada pelumba ke-6 dunia Burry Stander dari Afrika Selatan sebagai juara acara Merentas Desa Maraton peringkat pertama sejauh 62 kilometer Kejohanan Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMBC) di sini hari ini.
Empat peringkat lain yang dipertandingkan iaitu acara Merentas Desa Olimpik di kampung Tok Senik, acara Perlumbaan Lasak di Telaga Harbour Park, acara Raja Bukit Gunung Raya dan acara Merentas Desa Jarak Dekat berakhir pada 23 Okt ini.
Foto sumbangan BERNAMA

More photos,click here.

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX