LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday, 19 October 2011

Widgets

MALAYSIA DALAM KUMPULAN MAUT



19 Oktober, 2011 22:00 PM

Bola Sepak Sukan SEA: Malaysia Dalam Kumpulan Maut

KUALA LUMPUR, 19 Okt : Malaysia bakal berhadapan misi getir bagi mempertahankan pingat emas bola sepak temasya Sukan SEA apabila diundi bersama tuan rumah, Indonesia dan Thailand, dalam kumpulan A.

Selain itu, kumpulan itu turut disertai oleh Singapura dan Kemboja.

Undian acara bola sepak Sukan SEA Indonesia 2011 berlangsung di Stesen Televisyen Indonesia Studio 4 RCTI (Rajawali Citra Televisi Indonesia) di Jakarta Barat, Indonesia, Rabu.

Kumpulan B pula dianggotai oleh naib juara edisi lepas, Vietnam, Laos, Brunei Darussalam, Timor Leste, Myanmar dan Filipina.

Proses undian itu turut disiarkan menerusi talian internet.

Menerusi undian itu, skuad negara bawah 23 tahun negara di bawah jurulatih Ong Kim Swee, akan membuka saingan dengan menentang Singapura pada 9 Nov diikuti Thailand (11 Nov), Kemboja (15 Nov), Indonesia pada 17 Nov.

Acara bola sepak Sukan SEA akan bermula dari 3 hingga 21 Nov di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta dan Stadium Lebak Bulus, Jakarta Selatan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata skuad negara perlu menerima undian itu dengan hati terbuka.

"Realitinya, ini adalah bola sepak dan kita tidak boleh mengelak untuk bertemu pasukan yang lebih kuat kerana hanya pasukan yang kurang keyakinan sahaja akan berusaha mengelak daripada bertembung dengan pasukan handalan," katanya.

Sementara itu, bekas jurulatih skuad Harimau Muda A, Azraai Khor Abdullah mengakui cabaran dalam kumpulan A pastinya getir dengan kehadiran Indonesia, Thailand dan Singapura.

"Cabaran kali ini bukan mudah. Kita sedia maklum Thailand telah 13 kali juara Sukan SEA dan ditambah lagi dengan bermain di hadapan penyokong Indonesia yang terkenal dengan fanatik bola sepak mereka. Ia sememangnya cabaran yang sukar buat Malaysia mempertahankan pingat emas itu.

"Malah Singapura juga dilihat ancaman kerana kemampuan mereka dilihat hebat dan mampu menggugat pasukan negara dalam perlawanan pembukaan nanti," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata saingan kumpulan A yang disifatkannya kumpulan maut itu merupakan halangan terbesar buat negara namun beliau yakin pasukan negara mampu membuat kejutan sekiranya persediaan yang dibuat mencukupi.

Sementara itu, bekas ketua jurulatih negara B. Sathianathan pula berkata tumpuan pastinya akan ditumpukan kepada Thailand dan pasukan negara kerana masing-masing mempunyai kemampuan tersendiri yang berbeza.

"Saya lihat Thailand boleh dianggap pasukan pilihan kali ini kerana mereka sentiasa mempunyai pemain muda yang berkaliber berbanding pemain kita beraksi dalam kejohanan ini sentiasa berubah.

Untuk rekod, Malaysia memenangi emas sebanyak lima kali iaitu pada 1961, 1977, 1979, 1989 dan 2009 sementara Indonesia selaku tuan rumah pernah memenangi dua kali iaitu 1987 dan 1991.

Malah pada kejohanaan Piala AFF 2010 di Jakarta, Indonesia, pasukan Malaysia terpaksa dibawa menaiki kereta perisai ke dalam stadium akibat tindakan liar segelintir penyokong fanatik Indonesia yang mengancam keselamatan pemain negara pada perlawanan akhir kejohanan tersebut.

Thailand pula pernah memenangi 13 kali pingat emas pada 1965, 1975, 1981, 1983, 1985, 1993, 1995, 1997, 1999, 2001, 2003, 2005 dan 2007.

Informasi dari BERNAMA

[LAZAT NYA...]

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX