LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday 28 October 2011

Widgets

GURU NYARIS DITELAN SUNGAI



SIBU: Tiga guru lelaki SK Nanga Kua di Selangau, nyaris ditelan sungai selepas baha-gian belakang kuarters yang didiami mereka runtuh pada malam Isnin lepas.

Salah seorang guru terbabit, Haliff Irwan Hassan, 28, ketika ditemui Utusan Borneo semalam berkata, kejadian berlaku sekitar jam 10.15 malam.

Katanya, semasa kejadian beliau serta dua orang rakannya sudah masuk ke bilik tidur masing-masing.

“Semasa berada di dalam bilik, saya terdengar bunyi yang mencurigakan di bahagian belakang rumah sebelum memaklumkannya kepada rakan yang lain.

“Belum sempat mengetahui lanjut apa yang sedang ber- laku, bahagian belakang rumah kami yang menempatkan tempat memasak serta bilik mandi dan tandas pun runtuh,” ujar beliau.

Menurut Haliff, beliau antara yang paling bernasib baik kerana sejam sebelum kejadian beliau menggunakan bilik air untuk mencuci pakaian.

Haliff yang berasal dari Johor dan telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tiga tahun lalu menjelaskan, petanda kawasan berkenaan sudah tidak selamat sudah mula dikesan sejak Sabtu lalu.

Jelas beliau, kerana bimbang air Sungai Kua semakin naik, beliau serta yang lain bertindak memindahkan tangki air ke kawasan tinggi.



Difahamkan, hujan lebat sejak beberapa hari lalu telah meng-akibatkan Sungai Kua yang terletak di belakang kuarters guru semakin naik dan deras sehingga menyebabkan berlakunya hakisan tanah.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Joseph Mauh Ikeh ketika ditemui semalam menjelaskan, beliau bersama Pegawai Daerah Wan Akil Wan Muhamad Bujang serta Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Selangau Limok Shem telah melawat tempat kejadian.

“Hasil daripada lawatan tersebut, saya telah meminta PPD (Pegawai Pelajaran Daerah) membincangkan perkara tersebut dengan pihak Pejabat Pelajaran Sibu.

“Saya juga, akan berbincang mengenai peruntukan yang diperlukan dengan pihak Kementerian Pelajaran supaya kuarters guru yang baru dapat dibina,” ujar beliau yang pernah menjadi guru besar di se- kolah berkenaan dari 1978 hingga 1982.

Mauh memberitahu, beliau mencadangkan supaya kesemua kuarters guru di tebingan Sungai Kua dirobohkan dan dipindahkan ke kawasan lapang berdekatan dengan pin-tu masuk ke sekolah berkenaan.

Pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga bersetuju untuk membina kuarters baru secara gotong-royong, katanya.




Bercakap lanjut, Mauh menjelaskan bahawa isu-isu sekolah yang berisiko tinggi dilanda banjir dan tanah runtuh di sekitar Tamin pernah dibincangkan dalam kabinet sebelum ini.

Empat daripada enam sekolah yang dimaksudkan antaranya ialah SK Nanga Kua, SK Nanga Pelugau, SK St Mark dan SK Nanga Tajam.

Mauh berharap, kerajaan dapat memberi perhatian lebih terhadap situasi sekolah berkenaan pada Rancangan Malaysia akan datang.


Sumber = THEBORNEOPOST


[CLICK PHOTOFOR INFO]


Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX