LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday, 19 October 2011

Widgets

MERCUN, MERCUN, MERCUNKU




KUALA LUMPUR, 19 Okt -- Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh (lima, kiri) menunjukkan sebahagian mercun yang dirampas dalam satu serbuan ketika sidang media di sini, hari ini. Seorang penjawat awam ditahan berhubung menyimpan mercun yang bernilai RM250,000 di rumah sewanya di Taman Seri Bahtera Cheras di sini, malam tadi.


19 Oktober, 2011 15:13 PM

Penjawat Awam Ditahan Kerana Simpan Mercun Bernilai RM250,000

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Seorang penjawat awam ditahan polis kerana didapati menyimpan mercun bernilai RM250,000 di rumah sewanya di Taman Seri Bahtera Cheras di sini Selasa malam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata polis yang bertindak atas maklumat orang awam menahan lelaki berusia 35 tahun itu di rumahnya pada pukul 10 malam.

Hasil pemeriksaan, polis menemui pelbagai jenis mercun termasuk mercun bola, mercun padi dan 'Thunder Cat' di sebuah bilik di rumah itu, katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati mercun itu baru seminggu tiba, dipercayai diseludup dari negara jiran dan untuk dipasarkan sempena perayaan Deepavali dan Krismas.

Mohan Singh berkata lelaki terbabit dipercayai mempunyai pelanggan tertentu untuk memasarkan mercun itu.

Lelaki itu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana memiliki dan menjual mercun yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Foto & Informasi dari BERNAMA

[Peluang meraih RM10k hanya melalui kreativiti. Klik sini untuk maklumat lanjut]

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX