LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Monday 31 October 2011

Widgets

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL FIXED GEAR TOURNAMENT 2011






230 Pelumba Sah Sertai KLIFG 2011

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Seramai 150 pelumba termasuk 80 dari luar negara telah mengesahkan penyertaan dalam perlumbaan basikal International Fixed Gear Tournament (KLIFG 2011) yang bakal berlangsung di Velodrom Cheras dari 12 hingga 15 Nov ini.

Nasyrul Khusyairie, eksekutif pemasaran Dame Events and Communication, penganjur acara itu, berkata pihaknya yakin sasaran 500 pelumba mampu dicapai sebelum tarikh akhir penyertaan pada Sabtu ini.

"Sebagai penganjur, kami mengharapkan lebih ramai pelumba menyertai pertandingan ini bagi merancakkan acara yang julung kalinya diadakan di Malaysia," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Antara negara luar yang sudah mengesahkan penyertaan pada kejohanan itu ialah Indonesia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Taiwan dan Jepun.

Kategori yang akan dipertandingkan pada kejohanan itu ialah acara trek, kriterium, trickjump, polo bike, back circle, longest skid, highest bunny hop dan longest trackstand.

"Kepada organisasi dan individu yang berminat untuk menyertai pertandingan ini bolehlah memuat turun borang daripada laman sesawang di www.klifgt2011.wordpress.com," katanya.

Sumber=BERNAMA

Untuk maklumat lanjut tentang acara di atas, klik di sini.

For Man Utd fans, here's your chance to win the "Ultimate Man Utd Experience" - watch live matches at Old Trafford in UK! Nak ke UK tengok MU, [klik di sini]



Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX