LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday 22 February 2012

Widgets

06MEI2012 >> CYCLE4CARE


Apakah dia Cycling 4 care MTB Jamboree?


Berbasikal satu masa dahulu merupakan aktiviti kebanyakan anak2 dikampung selain daripada menangkap ikan di sungai, menangkap labah-labah dan melagakannya atau memanjat pokok buah-buahan. Itu adalah sebelum mereka dikenalkan pada TV satelit dan permainan berkomputer. Tiada siapa pun pada suatu masa dahulu menjangkakan aktiviti berbasikal akan menjadi satu acara riadah dan ekstrim apatah lagi menjadi acara yang diiktiraf diperingkat antarabangsa pada masa sekarang.

Jamboree basikal bukit ini dikhaskan untuk perserta-perserta basikal bukit disepanjang laluan berliku sejauh 45 kilometer di Alam Budiman , U10 Shah Alam , Selangor. Kami menjangkakan 1500 sehingga 2000 perserta akan mengambil bahagian dalam acara ini.

Para basikalis tegar ini sentiasa menunggu untuk menakluki dan melalui cabaran-cabaran baru yang disediakan di sepanjang laluan ini. Sekarang adalah masa yang sesuai dan dengan bangganya kami menyatakan ini adalah acara berbasikal amal yang julung-julung kalinya diadakan. Acara "CYCLE FOR CARE" akan mengutip dana untuk OrphanCARE, Rumah Amal Asnaf Al-Barakah, Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV / AIDS (PERNIM) dan mereka yang kurang bernasib baik di Selangor dan Lembah Klang.

[“One switch at a time”. What does it mean?]

Kami akan menjemput anak-anak yatim ini untuk sama-sama menguruskan acara Jamboree ini untuk mendedahkan mereka pada acara berbasikal dan peluang-peluang yang ada dalam aktiviti berbasikal. Kebanyakan mereka ini akan menghabiskan masa kanak-kanak mereka di rumah-rumah anak yatim dan selalunya mereka akan membesar dalam keadaan rendah diri atau tidak yakin pada diri sendiri mengakibatkan masalah tingkah laku dan pembelajaran mereka. Kebanyakan mereka apabila berumur 18 tahun akan meninggalkan rumah-rumah anak yatim yang didiami mereka sebelum ini, tanpa sokongan sistem keluarga yang sebenar-benarnya menjadikan sukar bagi mereka untuk memulakan hidup baru.

Trek akan merangkumi Alam Budiman, Saujana, Bukit Ramlee dan sebahagian lokasi yang masih lagi dirahsiakan . :)

Maklumat lebih lanjut di:

[OFFICIAL BLOG]
http://cycle4care.blogspot.com/


[Facebook Event Link]



http://www.facebook.com/pages/Cycle-4-Care/370770472937015

Comments
1 Comments

1 ulasan:

Тhis wіll ρrеvеnt the dough from gеtting stuck tightly tο
thе ѕurfаcе οf the
pizzа ρan. All yοu hаve to dο іn ordeг tо obtain thеѕe couρonѕ is to go
to the іnternet and searсh for thе one that ѕuіts yоu nеeds then just print them.
Now you're ready to be creative with the outside of the cake.

my webpage :: pizza pan alexandria va

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX