NUSA DUA (BALI), 17 Nov -- Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersorak gembira ketika menyaKsikan perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia sempena Sukan SEA Ke-26 di bilik penginapannya di sini malam ini. Turut kelihatan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan isteri Datin Seri Rubiah Abdul Samad. Foto sumbangan BERNAMA
Malaysia berjaya menewaskan Malaysia 1-0 melalui jaringan pemain gantian, Syahrul Azwari pada minit ke 17. Tahniah Malaysia, menjuarai peringkat kumpulan dan berjaya melayakkan diri ke peringkat berikutnya, separuh akhir. Malaysia mengumpul 10 mata hasil dari 3 kemenangan dan satu seri.