LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday, 29 July 2011

Widgets

29072011 >> SEMBELIT SOLUTION




Kali ni aku nak story tentang suatu perkara, sembelit. Cerita mudah dia payah berak, tahi keras, duduk dalam jamban lama. Pengalaman ni kira macam based on true story jugak le....

Ubat dia? Psyllium Husk. Pi farmasi mintak benda ni. Aku beli lebih kurang dua bulan sudah hanya RM12 untuk 250g. Mahal? Tak lah. Bukan guna banyak. Memadai hanya setengah sudu kecil setiap hari. Boleh campurkan pada minuman seharian kita seperti Milo, kopi, teh mahupun air oren dan air sirap. Cuma perlu dilarutkan terlebih dahulu dengan mencampurkan setengah sudu psyllium husk dengan air suam. Kacau. Then campurlah dengan air kesukaan anda. Nak campur air masak pun boleh.
Seeloknya minum di awal pagi. Pada anak2 pun boleh kita campurkan dengan air kegemarannya. Syaratnya, bila nak minum kena goncang/kacau supaya fiber dalam air menjadi sekata bila diminum. Kalau tidak, fiber psyllium husk akan terenap di bawah gelas.
Boleh dibawa semasa berkayuh, tapi goncang dulu sebelum minum supaya fibernya tersebar.
Kelemahan dia, aku kerap kentut awal pagi sebelum buang air besar. Tu je. Bukan masalah besar berbanding dengan masalah sembelit. Cubalah try, tentu ada perubahan besar. Masuk toilet sedas je keluar, tak payah tunggu lama2. Lagi satu, kena minum air banyak sebab fiber psyllium husk ni berfungsi menyerap air dan menyimpannya bersama2 najis kita. Sebab tu lah najis kita jadi lembut. Sebab ada air bersamanya. Kalau just minum air je, air yang berlebihan akan dikeluarkan melalui kencing. Dengan psyllium husk, air akan dikeluarkan bersama2 najis anda.
Pada anak2, ibu mengandung(kesian pada ibu mengandung sampai buasir), ibu ayah kita yang sudah tua, amat digalakkan meminumnya. Pasti mereka akan lebih menyayangi keprihatinan anda.

.
Kalau nak yang segera tapi mahal, boleh try brand yang di atas. Fibre Drink tu yang aku pernah minum. Mahal. Lagipun kandungan psillium husknya tak banyak. Baik anda beli yang macam saya beli. Murah dan jimat belanja. Kesan sampingan? Mana ada. Dia ni macam beras kita dok makan je. Ok setakat ni dulu ye. Soalan boleh tanya kat bawah. Jangan lupa klik hantar/send button kat bawah tu. TQVM.


Comments
2 Comments

2 ulasan:

hurm aku xprnah rasa sembeli2 ni.. tau la aku pernah rsa, tp aku xtau itu sembelit.. orng ckp minum milo pn leh wat sembelit.. pening aku... haha

taik keras. haha kalau tak nak guna semua ni..minum la air bayk2...makan sayur2an..yg penting jgn tahan nak berak tu..haha

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX