LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday, 15 July 2011

Widgets

PUTRAJAYA INTER PARKS RIDE SIRI 10

Sabtu,16072100. Sekali lagi PIPR 10 menggegarkan Putrakaya. Ops silap ejaan, Putrajaya. Putrajaya digegarkan dengan event PIPR 10. Kalau PIPR9 dibuat pada waktu siang(gambar sumbangan dari lensa kamera Sal Em), kali ini PIPR10 dijalankan pada waktu malam. Saksikan kemeriahannya dari rakan2 FBaku yang bermurah hati(dan mengumpul pahala) untuk tatapan peminat basikal semua. Gambar2 ini begitu menghidupkan suasana, hanya dengan menikmati gambar2 mereka, kita seolah-olah dibawa ke event tersebut(walaupun pada hakikatnya kita hanya berada di depan PC kita, he3)







So, bagaimana? Syok kan? Meriah kan? Tu la, lain kali kena join la. Mungkin lepas raya la pulak. Ada lagi event yang dijalankan sebelah malam. Jom Kayuh.....

+-----------------------------------------------------------------------------+


Poster di atas mungkin boleh menarik minat ahli keluarga rider untuk turut serta bersama-sama anda memeriahkan lagi PIPR 10 pada 16 Julai 2011 nanti






Beberapa info ini diharap dapat membantu anda untuk menyertai PIPR 10 pada 16 Julai 2011, bermula 8.30 malam. Jika anda bernasib baik, anda mungkin dapat melihat pertunjukan bunga api dengan jelas sambil berkayuh.

Masa
16hb Julai · 8.00 ptg - 11.00 ptg

Lokasi
Monumen Alaf Baru (Tapak Floria)



Maklumat Lanjut
Putrajaya Inter Parks Ride siri 10 akan diadakan pada walktu malam Sabtu.

Makanan, Minuman, Lucky draw dan Pertunjukan mercun juga.

Lokasi di Monumen Alaf Baru (Tapak Floria).

INGAT!!!! Helmet dan Lampu mesti ada. Jika tak bawa,anda tidak digalak mengayuh.Pastikan anda ingatkan kawan2 lain.

Untuk keterangan lanjut hubungi : 012-337 8048 Edzuan

Maklumat ini diharap dapat membantu anda:

Maklumat terkini untuk pengayuh Fixie pada Putrajaya Interpark Ride sabtu ini 16 July. Brek depan optional. Yg wajib adalah Toe Clip atau Strap, Helmet dan lampu. Ada 3 basikal fixie untuk di menangi dalam cabutan bertuah! Program ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan budaya fixed gear dengan cara yang selamat. Harap dapat sebarkan. TK

Maklumat terkini perbincangan petang tadi dengan pihak pengurusan Putrajaya Interpark Ride ke 10 pada sabtu ini. Tujuan pihak pengurusan Putrajaya adalah untuk memberi peluang dan platform terutama kepada para remaja yg mengayuh basikal fixed gear atau fixie bahawa mereka juga berdisiplin dan mementingkan aspek2 keselamatan. InsyaAllah suratkhabar akan membuat liputan bagi menaikkan imej tersebut.






Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX