LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday, 13 July 2011

Widgets

KAYUHAN BENDANG 2011-PELUANG KEPADA ANDA

Pada Sabtu lalu(9 Julai 2011) selain dari mendapat goodies kerana menyertai Kayuhan Bendang 2011, aku dan semua rider yang lain turut mendapat satu peluang untuk membuat sedikit kebaikan pada sisa-sisa usia yang masih berbaki ini. Berikut adalah kenyataan penuh dari insan bernama bapa/ayah kepada seorang anak bernama Muhammad Haziq Zaquan

RAYUAN BANTUAN KEWANGAN – KAYUHAN BENDANG 2011

Rakan kayuhan kita, MOHD ROSDI ISHAK memerlukan perhatian segera bagi menampung dana perubatan untuk anaknya yang baru dilahirkan dengan komplikasi jantung. Anak tersebut, MUHAMMAD HAZIQ ZAQUAN BIN MOHD ROSDI tidak layak untuk mendapatkan perlindungan insuran dan perlu menjalani pembedahan segera bagi memastikan pertumbuhan fizikal dan mental yang sihat dengan dana yang dianggarkan melebihi RM50,000.00

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dan menunjukkan keprihatinan kepada rakan sekayuhan kita. Moga-moga dengan semangat dan bantuan rakan seperjuangan, sedikit demi sedikit dapat merealisasikan dana/tabung bantuan tersebut.

Tuan/Puan para dermawan sekelian boleh membuat sumbangan terus melalui tabung-tabung kutipan “Kayuhan Bendang 2011” atau ke dalam akaun bank seperti berikut:-

MOHD ROSDI BIN ISHAK

MAYBANK BERHAD; 1571-1196-6591 (Pastikan nama sepadan dengan no akaun sebelum anda membuat sumbangan)

Sebenarnya kehidupan kita umpama kita mengayuh basikal. Ada kalanya kita terkehadapan dan ada ketikanya kita dipotong dan ditinggalkan di belakang. Ada ketikanya kita ketawa riang dan ada ketikanya kita terdiam kesedihan dengan musibah/ujian yang melanda. Dan ada ketikanya kita senang sehingga mampu membeli mtb/rb berharga RM5,000. Dan ada ketikanya kita mengalami sedikit kesusahan dalam hidup sebagaimana rakan kita, MOHD ROSDI BIN ISHAK yang sedang diuji. Dan kita sekalipun, sebenarnya, pada hakikatnya, sedang turut diuji Allah SWT, tentang sejauh mana anda sanggup mengeluarkan sedikit belanja untuk membantu saudara seIslam anda yang ditimpa sedikit ujian hidup.

Di sebalik ketawa riang kita selepas menyelesaikan setiap kayuhan kita, ada insan2 yang ternanti-nanti saat seumpama itu. Jika RM10 terlalu sedikit, bantulah dengan RM40 ataupun RM50. Jika tidak mahu melakukan kebaikan seorang diri, ajaklah kawan2 untuk share bersama-sama sebelum bank-in sumbangan anda. Jom membantu…… Malaikat di sebelah kanan anda hanya mampu mencatat kebaikan, dan hanya ALLAH SWT yang mampu membalas budi baik, jasa pertolongan yang telah anda curahkan. Jom beramal…..


Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX