LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday, 11 November 2011

Widgets

KEBAKARAN : IBU TUNGGAL TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG




Kebakaran: MUSNAH… Rumah milik ibu tunggal berusia 66 tahun ini musnah sekelip mata dalam kejadian kebakaran di Kg Pukat Tanjung Batu Laut pagi kelmarin.

Lima sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, kini menumpang rumah saudara

TAWAU: Sebuah rumah milik seorang ibu tunggal berusia 66 tahun musnah terbakar di Kg Pukat Tanjung Batu Laut di sini kira-kira jam 10 pagi kelmarin mengakibatkan warga emas tersebut bersama lima ahli keluarganya yang lain kini tinggal sehelai-sepinggang.

Utusan Borneo difahamkan, ketika kejadian berlaku, mangsa, Hjh Ibunga Dese, menantunya, Basmiati Mohd Nasir, 36, dan tiga lagi cucunya yang masing berusia 14, 8, dan 2 tahun berada di dalam rumah terbabit, sementara anak lelakinya pula keluar bekerja.

Basmiati yang turut mengalami kecederaan dalam insiden itu berkata, sebaik menyedari rumahnya mula terbakar, beliau terus berteriak dan meminta ibu mentuanya yang sedang mandi di dalam bilik air supaya segera meninggalkan rumah kerana berlaku kebakaran.

“Pada masa itu, saya sedang mengemas dan menyapu di perkarangan rumah. Tiba-tiba saya melihat ada kepulan asap tebal dari bilik mentua saya. Saya menjadi panik dan terus meminta mentua saya supaya segera meninggalkan rumah.

“Saya juga terus menarik tangan dan membawa ketiga-tiga anak lelaki saya keluar dari rumah sebelum api merebak ke seluruh rumah,” katanya ketika menceritakan detik-detik cemas semasa kejadian itu berlaku.

Berita selanjutnya, klik di sini.


[Informative Clicks]Kongsi tentang pra-sekolah percuma ini dengan kawan-kawan anda yang beranak. Tentu ada yang akan membuatkan anda tersenyum apabila anda klik di sini.



Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX