Tiga jurujual dirompak ketika teksi dinaiki berhenti di lampu isyarat di Miri
MIRI: Tiga jurujual dari Semenanjung Malaysia kerugian RM2.88 juta selepas beberapa jongkong emas yang berat keseluruhannya 16 kilogram yang di-bawa bersama, dirompak empat lelaki bertopeng dalam kejadian yang berlaku di lampu isyarat berhampiran simpang jalan menuju ke Lapangan Terbang Miri di sini, petang semalam.
Menurut sumber, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 2 petang itu, tiga jurujual terbabit yang sedang dalam perjalanan dari Miri menuju ke Lapangan Terbang Miri dengan menaiki sebuah teksi membawa sejumlah emas yang disim-pan di bahagian bonet teksi ber-kenaan.
Bagaimanapun, ketika berhenti di lampu isyarat berkenaan, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna keemasan yang dinaiki empat perompak terbabit lalu memintas dan menghalang bahagian hadapan kenderaan mereka.
Berita selanjutnya, klik di sini
Sumber=TheBorneoPost
[Informative Click Here] Get free sms and free music for you and your Buddyz every time you reload! Whachu get, your Buddyz will get it too! Cekidaut!