LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday 4 March 2011

Widgets

TRIP TO GURUN

Selasa(1Mac2011) aku ke Gurun, Kedah coz nak jumpa sorang yang merupakan bapa mertua kepada seorang pelanggan besi aku. Tujuannya nak serahkan kunci rumah yang aku minta supaya mudah untuk aku memasang grill kat rumah menantunya.

Syok jugak perjalanan aku kali ni. Sampai di Bandar Baru Sungai Lalang, aku selisih dengan abang rider(kalau tak silap, namanya Arshad kot) dan ajak di join pi Gurun sekali. "OK, no problem, jom". Bestnya, tak la boring sangat kayuh sorang2.

Di Bedong, sorang lagi rider nak join kami. Kerja sebagai polis di Balai Polis Bedong, agak sibuk dan tak tentu waktu kerja menyebabkan dia tak naik basikal lebih kurang 2 tahun dah. Sampai di PERWAJA, dia mohon undur diri kerana dah kehabisan tenaga - maklumlah hampir 2 tahun tak kayuh.

Nampak tak sign kat belakang tulis GURUN NIAGA


Menyampah tengok gambar ni, walaupun dah tarik nafas masih nampak 'bola' kat perut tu.


Perjalanan diteruskan dengan rider Arshad. Sampai kat Gurun, dia snap aku, aku snap dia. Lepas tu, dia minta izin nak balik dulu, manakala aku meneruskan perjalanan ke Plaza Tol Gurun. Di sana, jumpa lagi sorang rider yang baru balik dari menservis Livinanya. Kerja kat kilang baja Petronas, kenal pulak dengan adik ipar aku, Pak Tam Yusri. Katanya dia join kelab RCT.


'Bola' dalam perut lagi....


Kawasan belakang Plaza Tol PLUS Gurun


Lepas dapatkan kunci, aku terus kayuh. Sembahyang Maghrib kat Masjid Bedong. Sampai kat EE Koteaw jam 8.55 malam. Malam tu susah nak lena pulak dah.


Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX