Kali nie aku nak bercerita tentang makan kejap. Maklumlah, MTB dah lama cuti sebab penyakit aku tu. Sebenarnya aku terpanggil nak tulis pasal makan ni sebab aku rasa rider2 dan bukan rider, kalau tak esok pun, mungkin satu hari anda nanti akan berkunjung ke Sungai Petani, Kedah atas urusan tertentu, kerja ke atau nak boleh menantu orang Sg Petani ke, atau nak menghadiri jamboree tertentu seperti jamboree di Thailand bukan Jun 2011 nanti, bolehlah cuba masakan di restoran yang aku dah try kat bawah nie.
Macam nie ceritanya...jeng... jeng... jeng. Hari Jumaat malam(15-4-2011) aku bawa familiku ke satu kedai makan....Pic kat bawah akan menceritakan segalanya
Wife aku yang drive. Terok ooo kalau kena buasir,
nak drive pun tak boleh kerana sakit punggung masa nak drive.
So, pengajaran no wahid; kalau wife tak boleh drive lagi,
tak rugi dia cari ilmu memandu nie.
Terkejut tergempaq, bolehla jugak wife kita drive.
Tesco SP Selatan; Sebelum sampai di kedai makan, singgah kat Tesco SP Selatan.
Anak sulong nak buat spec mata baru. Power spec yg lama tak cukup dah.
Dok kat belakang tak boleh nampak jelas kat papan putih. Baca buku banyak kot?
Tahun ni nak ambil PMR. Eeemmm, tak dapat 8A, 9A pun jadiklah. Amin.
Mula2 cek kat sini untuk estimate power je, bukannya tepat.
Dah sah memang naik, dari 200 kepada 300. Spec baru la noo
Lepas tu test kat dark room la pulak untuk bacaan lebih tepat.
Anak aku no 2 pun nak cek mata juga. Power hanya 100 dan tak perlu buat lagi.
Selamat RM aku, he3
Ambik UPSR tahun nie. Eeemmm kalau tak dapat 4A, 5A pun kira ok la
Yang baju belang kuning tu no 3, saja pemerhati je...Jeng3, la ni baru kita pi makan.
oh ya, spec anak aku RM140. Ok le, spec dah makin murah la nie.
Mungkin persaingan perniagaan kot.
OK la nie cerita pasai makan. Aku tau you all dah lapar nie.
Ni lah kedai yang kami kunjungi kali ni. Ni bukan kedai baryani nasi kandar tau
(Jumaat je biasanya ada),
ni Melayu punya baryani yang Johor mari. Kalau kat Johor(Danga Bay dan Muar),
nasi macam ni memang dah popular. Tapi kalau kat Kedah,
restoran ni kiranya lain dari yang lain ni.
Jom kita masuk, Jom. Nak masuk percuma. nak makan je kena bayar.
Oh ya, kalau reader semua tak perasan, kedai Baryani Gam 88 terletak sebelah kedai daging Maliki nie.
Lokasinya dekat Lot 88, satu area yang terdiri dari rumah orang berada dan dibina lot kedai yg besaq2.
Lot 88 ni, kalau you all exit kat Tol SP Utara, turn left menghala ke bandar Sg Petani. Tengok sebelah kanan. Kalau dah nampak Tesco, maknanya dah terlajak la tu. Cepat buat U turn.
Gambar 1
ga 2 ; gambarPusat senaman One Fitness.
Kalau nak menang first masa jamboree, mai la bina otot kat sini dulu
gambar 3 ; 3 gambaq kat atas ni nak tunjukkan mercu tanda yang
readers akan nampak sebelum jumpa restoran Baryani Gam nie.
Lagi satu, kedai ni dekat dengan kedai Nasi Ayam Tat.
Dah jumpa kedai, jom tengok makanan la pulak
Pic 1: Ni la namanya nasi biryani gam. Gan UHU ka, gam kasut ka aku tak tau.
Yang penting sodap dan tak pedas, sesuai sangat utk orang berpenyakit buasir macam aku ni.
Papedom dia lain sikit rasanya dari yg aku makan kat nasi kandaq.
Ayam lembut, nasi dia pun lembut dn panjang.
Ori pulak tu, tak campur dgn beras yg pendek, semuanya panjang2.
Harga = RM terlupa. Order sepinggan je.
Pic 2 : Ni mee hailam. Anak aku yang nak. Order 3 pinggan @ RM5 sepinggan.
Pinggan punya la besaq, kuah banjir. Mee kira fair la. Sayur banyak jugak.
Pic 3 : Western food chicken chop sepinggan. RM8.90 sepinggan.
Pic 4 : Chicken grill. RM9.00 sepinggan
Pic 5 : Minuman dia dalam gelas besaq dan tinggi macam Komtar.
Fresh oren 2, Horlick ais 2, horlick panas 1, laici 1.
Total semua dari pic 1 sampai pic 5 = RM52.++ Ok tak. bagi aku ok le untuk 7 sekeluarga makan memang budget aku pun around RM50 ke RM55 je.
Suasana ok untuk famili, couple, bertunang, anak seorang atau anak 5 macam aku. Bersih dan kemas. Cuma masa kami pi tu, agak gelap sebab lampu banyak yang padam untuk mengelakkan binatang halus yg suka dok kat lampu tu.
Ok ada apa lagi boleh aku bantu. Kalau nak maklumat lebih lanjut, bolehla mail aku di gerek.basikal@yahoo.com atau tinggalkan mesej kat shout box atau komen ulasan kat bawah atau add aku dlm FB dan kemudian mesej aku melalui FB. Hingga jumpa lagi di lain siaran, Assalamualaikum dan salam sejahtera.