Lama aku tak update blog aku, sebabnya aku la ni kurang aktif berMTB kerana sakit buasir. Jadi aku rasa aku patut kongsi cerita dengan kawan2 rider, mungkin ada yang boleh dibuat iktibar.
Seingat aku, mula2 aku kena buasir ialah kira2 25 tahun lalu(1986) masa aku tingkatan 4. Mungkin sebab kurang air dan kurang makanan berserat seperti buah2an. Kemudian buasir ni penyakit yang sentiasa datang dan pergi, kejap ada kejap tiada. Bila ada aku makan ubat, baik, dan aku tinggalkan ubat dan kemudian bila datang penyakit buasir balik aku makan ubat semula dan sembuh semula. Kena buasir yang ringan2 je.
Kemudian....jeng..... jeng..... jeng...... Rupa2nya buasir ni ada beberapa peringkat, lebih kurang 4 peringkat. Maknanya sebelum nie aku kena buasir peringkat pertama je, tu pun kadang2 berdarah punya la banyak, sampai merah habis mangkuk tandas.
Satu ketika, lebih kurang di penghujung tahun 2009 sekali lagi aku kena buasir. Lagi sekali kena stop berMTB. Kali ni sakitnya bukan kepalang. Sebulan lebih aku kena makan ubat. Alhamdulillah sekali lagi baik. Tapi aku terpaksa stop naik MTB. Lama stop..., sampaila tahun 2011, kawan2 kejiranan aku banyak yang beli MTB.
2011 - Kegilaan mtb bermula. Jika dulu aku naik sorang2 je. Kali ni kayuhan bertambah seronok kerana ramai kawan2 kejiranan aku pun turut serta kayuh mtb sekurang2nya di hujung minggu. Seingat aku, di peringkat awal kayuhan tak ada masalah. Cuma najis aku selalu keras bila aku buang air besar. Sakit jugak, tapi aku masih buat tak kisah. Punca najis keras ni ialah kuantiti air yang aku minum tak mencukupi.
Bila start berdarah(first stage buasir) aku masih ambil ringan lagi tentang ubat. Kadang2 makan kadang2 terlupa makan ubat. Walhal, sikap ambil ringan ni akan membawa aku ke buasir peringkat 2 - bengkak di dalam atau kalau gambar di bawah, tertulis internal hemorrhoid(buasir dalaman). Teruk oii, sebab tak boleh sapu ubat utk mengecutkannya, hanya berharap kepada ubat makan semata-mata.
Seingat aku, pada 7 Mac 2011 kerana dah tertahan sakitnya aku ke klinik. Cuti 8, 9 dan 10 Mac 2011 dan sambung terus sampai habis cuti sekolah. Tapi yang syoknya pada 19 Mac 2011 tu tak la rasa sakit langsung sampaikan aku boleh berkayuh di Karnival MTB di PTSB, Kulim. Dan kenangannya ialah medal di bawah.
Dah jemu dan sakit yang kadang2 tak tertahan, bermulalah episod membeli belah, tapi bukan baju, ubat. Membeli belah ubat. Bermula dengan ubat dari Klinik Dr Akram(+ satu injection)
Tinggal ni je kenang dari Klinik Dr Akram. Yang lain dah habis (RM70)
Lepas tu, ambil ubat kat Farmasi SP pulak. Dulu ok, la di dah 4 kali ambik dah.
Masih belum sembuh lagi(4xRM15=RM60)
Kemudian ada member rekomen ubat dari Parit Panjang.
Aku cuba jugak, mana tau kot2 nak jadi asbab nak sembuh(RM12x2=RM24)
Kemudian ambik ubat kat Klinik kat Parit Panjang pulak.
Ubat untuk 2 minggu - RM85
Cuba pulak ubat yang ambil kat Klinik Pakar Buasir di Kota Sarang Semut.
RM200 untuk seminggu
Kelmarin(11Mac2011) pi lagi klinik Pakar Buasir di Kota Sarang Semut,
RM200 untuk seminggu lagi
Ubat buasir HPA pun balun jugak(RM20)
Setakat ni hanya ada positif sign je, belum betul2 sembuh lagi. Sabarle. Yang positifnya, berat aku jatuh dari 88kg kepada 79kg, sesuatu yang tak mungkin berlaku jika aku tak sakit buasir. Apapun, nak sembuh cepat. Dah jemu. Dan dah lama tak kayuh dah nie. Hopefully, sebelum 1Mei2011 aku betul2 disembuhkan oleh Allah SWT. Kita pakat2 doa la ye. Nak join Kulim Jamboree 2011. TKBB.
Related Posts : Personal Diary