LET YOUR BODY

Loving the new #MYLevisREVEL jeans! They fit perfectly and lengthen and lift my natural curves too

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

NESCAFE

Follow @NescafeMalaysia now guys! You could win prizes from #StartwithNESCAFE up till 17 Oct

LATEST PROMO ABOUT PETROSAINS

Think science is no fun? Bring your family along, learn and have fun at the Petrosains Science Festival 2013, from 22-27 October at the Discovery Centre and Suria KLCC. The way we do it, science rocks!

LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Sunday, 30 October 2011

[VIDEO] LIVERPOOL VS WBA 29-OKT-2011



Gol pempukaan, minit ke 9 melalui sepakan penalti



Keputusan perlawanan




Statistik perlawanan : Biru mewakili Liverpool





Barisan kesebelasan utama



Klip jaringan gol oleh Liverpool

Peluang memenangi RM10,000. [Klik disini]


Saturday, 29 October 2011

[VIDEO] MANCHESTER UNITED VS EVERTON 29-OKT-2011




Penyelamat...Hernandez berjaya menjaringkan gol pada minit ke 19 untuk mengubat kekecewaan MU yang dibelasah 6-1 oleh M City tempohari



Keputusan rasmi....



Statistik perlawanan




Kedudukan MU terkini di EPL


[VIDEO] CHELSEA VS ARSENAL 29-OKT-2011

Jaringan hatrik Robin Van Persie memastikan Arsenal mencatat kemenangan 5-3 luar jangkaan terhadap tuan rumah, Chelsea di Stadium Stamford Bridge. Ini adalah kemenangan besar yang pertama pertemuan antara Chelsea dengan Arsenal.



Walcott, penjaring gol ketiga Arsenal membolehkan Arsenal mendahului 3-2 di babak kedua.



Minit ke 44, Terry Henry menjaringkan gol ke dua bagi Chelsea untuk mendahului 2-1 sehingga tamat separuh masa pertama

Namun, Arsenal terlebih dahulu ketinggalan 1-0 pada minit ke-14 hasil tandukan oleh Frank Lampard. Tetapi, V. Persie berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-36. Sebelum separuh masa pertama tamat, Chelsea sekali lagi didepan hasil jaringan oleh John Terry.


Barisan kesebelasan utama di awal permainan

Bermula separuh masa kedua, Arsenal dilihat menguasai permainan dan hasilnya selepas 4 minit bermula, Arsenal berjaya menyamakan kedudukan 2-2 hasil jaringan solo oleh Santos. Kelekaan benteng Chelsea dihukum sekali lagi oleh Arsenal apabila Walcott menjaringkan gol ke-3 buat Arsenal pada minit ke-56, menjadikan Arsenal mendahului 3-2



Statistik perlawanan

Kemasukan Meireles banyak membantu serangan Chelsea. Dan pada minit ke 81, Juan Mata berjaya menyamakan kedudukan 3-3 sama. Pada ketika peminat kedua-dua pasukan menjangkakan keputusan seri, Van Persie menjadi hero buat Arsenal apabila menjaringkan gol ke-4 pada minit ke-85 hasil kesilapan Terry mengeluarkan bola. Minit akhir permainan, V. Persie melengkap hatriknya untuk memastikan kemenangan 5-3 ke atas Chelsea.



Kedudukan terkini, termasuk keputusan MU menundukkan Everton 1-0



Klip video jaringan semua 8 gol

Your next car could be German! Klik here for info.


DAHER KABHA BERKAHWIN SELEPAS BERTUNANG SELAMA 17 TAHUN




Diiringi oleh rakan dan saudara mara ke majlis perkahwinan setelah dijatuhi penjara seumur hidup oleh regim Israel


Bekas Tahanan Berkahwin Selepas Bertunang Selama 17 Tahun

Oleh Saleh Jadallah

SEMENANJUNG GAZA, 29 Okt : Tahanan Palestin, Daher Kabha yang dibebaskan hasil pertukaran tahanan antara Hamas dan Israel baru-baru ini, melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya selepas berada dalam penjara Israel selama 17 tahun.

Dua minggu lepas, Israel bersetuju untuk membebaskan ratusan tahanan Palestin dalam pertukarannya dengan tentera Gilad Shalit yang ditawan militan Palestin pada 2006.

Perjanjian pertukaran antara Hamas dan Israel mencadangkan kira-kira 150 rakyat Palestin dari Tebing Barat akan dibebaskan di Semenanjung Gaza.







Majlis perkahwinan Daher, 44, yang berasal dari Tebing Barat, diadakan di kawasan Semenanjung Gaza yang dikepung di mana dia berada sejak pembebasannya.

Daher dan tunangnya, yang dikenali sebagai Rayeda, 35, bertunang sebelum dia ditahan tentera Israel pada 1994.

Rayeda berasa sungguh gembira untuk memulakan kehidupan baru bersama suaminya, setelah menempuhi kehidupan selama 17 tahun dalam satu perpisahan yang amat memeritkan.

Wanita, yang berasal dari Tebing Barat itu, terpaksa menempuhi satu perjalanan yang panjang menerusi Sempadan Rafah dari Mesir untuk melangsungkan perkahwinannya berikutan pengantin lelaki yang tidak dibenarkan kembali di kampung halamannya di Jenin.

"Bersyukur kepada Allah swt. Mulai saat ini kehidupan saya bermula. Kegembiraan yang saya rasai tidak dapat digambarkan," kata Rayeda kepada Bernama.

Daher ditahan selepas didapati bersalah oleh regim Tel Aviv atas dakwaan melakukan operasi pengeboman di kawasan Israel.

"Saya gembira kerana telah dibebaskan dan dapat berkahwin tetapi pada masa sama saya amat ingin pulang ke kampung halaman bersama isteri saya.

"Amat sukar untuk menunggu saat ini. Kebebasan ini hanya diperoleh menerusi tentangan," katanya.

Sumber = BERNAMA

Inginkan kemera percuma? Klik di sini untuk mendapatkannya. Tiada ucapan 'Tahniah' jika anda tidak mencubanya.

ARTIKEL GB DALAM ARTIKEL MENARIK PILIHAN ANDA(1)




Alhamdulillah, artikel aku lagi sekali dipilih sebagai 'artikel menarik pilihan anda'(pilihan pembaca ler). Apa yang menariknya? Best sangat ke? Tak pe, yang elok ambil sebagai panduan. Yang tak elok dijadikan sempadan. Jom kita klik kat sini. Jom....
Jangan lupa klik like/share. TQVM....



COWGIRLS JADI TARIKAN PERNIAGAAN HAJI DONI




JAKARTA, 29 Okt -- Jurujual Lembu bergelar "Cowgirls" diperkenal oleh pengusaha Haji Doni di bandar Depok, bahagian Selatan kotaraya Jakarta di sini Sabtu. Khidmat "Cowgirl" adalah suatu kebiasaan dalam perniagaan lembu di Australia dan Haji Doni menggaji 40 "Cowgirl" tetap sebagai jurujual lembu yang merupakan perniagaan utamanya. [Foto=BERNAMA]


Cowgirls, Hotel Haiwan Korban Jadi Tarikan Perniagaan Haji Doni

Oleh Ahmad Fuad Yahya

JAKARTA, 29 Okt (Bernama) -- Khidmat "cowgirls" dan Hotel Haiwan Korban yang ditampilkan pengusaha Haji Doni di bandar Depok, bahagian Selatan kotaraya Jakarta, merupakan strategi perniagaan kreatif yang berjaya melipatgandakan rezekinya.

Jualan haiwan korban di bilik pameran jualan kereta terpakai miliknya, yang diubah suai menjadi Hotel Haiwan Korban itu, telah meningkatkan hasil jualannya dengan begitu ketara.

Lembu jenis "limousine" iaitu nama yang diberikan untuk baka kacukan lembu Australia dengan lembu tempatan, merupakan jenis haiwan yang paling diminati oleh pelanggan beliau.

Dengan publisiti meluas oleh media tempatan mengenai kelainan pendekatan pemasarannya, Haji Doni telah berjaya menjual 4,700 lembu korban dalam masa 10 bulan yang lepas untuk musim Hari Raya Korban atau Aidiladha tahun ini.

Pada musim tahun lalu beliau menjual 2,200 ekor lembu.

"Sasaran jualan tahun ini ialah 6,000 ekor lembu, tapi oleh kerana sambutan yang luarbiasa kali ini, kami manambah 1,500 ekor lagi untuk jualan pada tahun ini," kata Haji Doni ketika ditemui di Hotel Haiwan Korban di Depok, Sabtu.

Ada pelanggan setianya yang membeli antara 200 dan 300 ekor sekaligus.




Romdoni, 45, yang lebih dikenali dengan panggilan mesra Haji Doni, berkata beliau memperkenalkan konsep jualan ini sejak tahun 2007 dan khidmat "cowgirls" yang ditugaskan sebagai gadis promosi jualan banyak membantu perniagaan beliau melayani para pelanggan. [Foto=BERNAMA]

Khidmat jurujual "cowgirls" mungkin sesuatu yang baru di sini tetapi ia perkara biasa dalam perniagaan lembu di Australia dan beliau telah menggaji 40 "cowgirls" secara tetap sebagai jurujual lembu, yang merupakan perniagaan utamanya.

Di luar musim Hari Raya Korban, gadis promosi jualan ini membantu jualan lembu di ladangnya di sebuah tempat dalam kawasan Depok.

Perkhidmatan Hotel Haiwan Korban pula, kata Haji Doni diperkenalkannya untuk memberi penjagaan terbaik kepada lembu-lembu yang telah dibeli oleh para pelanggannya, sehingga haiwan berkenaan dihantar kepada mereka untuk ibadah korban nanti.

Hotel Haiwan Korban merupakan suatu kemudahan bagi menunjukkan bahawa lembu-lembu berkenaan harus disayangi, katanya.

Untuk Hari Raya Korban tahun ini, Haji Doni membuka lapan pusat jualan dengan empat daripadanya di bandar Depok manakala selebihnya di beberapa tempat di Jawa Barat.

Selain lembu baka tempatan seperti Bali, Kupang dan Jawa, baka kacukan yang dijual oleh Haji Doni diberi nama Limousine, Bramus dan Sismetal.

Haiwan korban ini dijual dengan harga Rp34,000 sekilogram, naik Rp1,000 sekilogram berbanding tahun lalu.

Sumber = BERNAMA

Dari 50juta dan sekarang dah pun 68juta yang mendaftar dan mendapat RM melalui perkongsian dengan media sosial seperti FB & Tweeter. Daftar? [Klik sini] Mudah umpama daftar FB jer. Banyak? Tak lah. Tapi sentiasa masyuk!!!

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX