LET YOUR BODY

Loving the new #MYLevisREVEL jeans! They fit perfectly and lengthen and lift my natural curves too

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

NESCAFE

Follow @NescafeMalaysia now guys! You could win prizes from #StartwithNESCAFE up till 17 Oct

LATEST PROMO ABOUT PETROSAINS

Think science is no fun? Bring your family along, learn and have fun at the Petrosains Science Festival 2013, from 22-27 October at the Discovery Centre and Suria KLCC. The way we do it, science rocks!

LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday, 21 December 2011

KERANI BANK MATI DITIKAM 15 KALI


KUALA LUMPUR, 21 Dis : Seorang kerani bank maut selepas ditemui berlumuran darah dengan 15 tikaman di bahagian belakang badan di rumah sewanya di Puncak Desa, Kepong awal pagi Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Rosly Hassan berkata, Rozana Mohd Yusak, 35, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu.

Sebelum itu, Rozana dilihat oleh seorang pekerja restoran di kawasan berhampiran seakan-akan meminta pertolongan di tingkap rumahnya, katanya.

"Pekerja restoran tersebut terus menghubungi polis sebelum pasukan polis tiba ke tempat kejadian dan menemui mayat mangsa yang berlumuran darah. Hasil pemeriksaan mendapati mangsa ditikam selain terdapat banyak kecederaan lain di hadapan badannya," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, mangsa yang tinggal berseorangan di rumah itu ditemui berseluar pendek dan singlet serta tiada pengenalan diri, telefon bimbit dan senjata ditemui.

[First Ever Malaysian Action Figure Rock Song! - Park it!]

Rosly berkata ketika polis tiba, rumah tersebut dalam keadaan berselerak serta terdapat kesan pergelutan.

Katanya polis masih menyiasat motif kejadian selain tidak menolak kemungkinan terdapat unsur cemburu.

"Motif cemburu mungkin boleh dikaitkan dengan kematian mangsa berdasarkan kesan tikaman yang banyak dan ia seperti dilakukan oleh seseorang yang memang berdendam dengan wanita itu," katanya.

Beliau berkata polis sedang menjejaki teman lelaki wanita itu untuk membantu siasatan.

"Mayat mangsa dihantar ke HKL untuk bedah siasat dan polis menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh."

Sementara itu bapa mangsa, Mohd Yusak Suparman, 64, ketika ditemui pemberita di Bilik Mayat HKL berkata beliau hanya mengetahui kejadian yang menimpa anak sulungnya itu kira-kira pukul 6.30 pagi tadi apabila dimaklumkan anak saudaranya.

"Pakcik tinggal di Ijok, Kuala Selangor...Selepas diberitahu anak saudara pakcik tentang Rozana, terus pakcik ke sini (HKL)," katanya.

[Sign up from as low as RM88 per month]

Beliau yang merupakan seorang pesara berkata, kali terakhir berjumpa Rozana kira-kira seminggu yang lepas.

"Dia (Rozana) seorang yang peramah, dan pakcik tak sangka kejadian ini boleh berlaku kepadanya," katanya yang juga berkata isterinya Jamaliah Abdul Samad pengsan selepas mendengar berita kematian anak sulung daripada tiga beradik itu.

Katanya Rozana yang bekerja di bank berkenaan lebih 10 tahun sebelum ini pernah memintanya membelikan sebuah komputer riba, namun hajat itu tidak dapat ditunaikan.

Sumber = BERNAMA
 
Tawaran terbaik sukar nak dilepaskan begitu sahaja...

KESEMUA MANGSA NAHAS DIKETAHUI, ANGKA KEMATIAN MENINGKAT KEPADA 7


KOTA KINABALU, 21 Dis : Seorang lagi penumpang bas dari Brunei yang terlibat dalam kemalangan di Sabah semalam disahkan meninggal dunia, menjadikan angka kematian dalam tragedi itu kepada tujuh orang.Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang Rabu berkata penumpang itu, ketua rombongan Awang Tarsad Damit, 58, meninggal dunia pada kira-kira 12.15 pagi di Hospital Queen Elizabeth di sini.

Dua penumpang maut di tempat kejadian dalam kemalangan di Km8.9, Jalan Ranau-Tamparuli di Tuaran dan empat lagi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuaran.

Tan berkata jenazah semua mangsa akan diterbangkan ke Brunei hari ini bersama-sama dengan 13 lagi yang terselamat dalam nahas itu.

"Sebanyak 13 lagi yang kini berada dalam keadaan kritikal dan separa kritikal akan terus dirawat di Hospital Queen Elizabeth," katanya kepada pemberita.

Tan juga berkata sebuah pesawat komersil telah dihantar oleh kerajaan Brunei untuk membawa pulang mereka yang terselamat dan yang meninggal dunia.

[Get the most affordable iPhone4s plan with DiGi today]

Beliau berkata pesawat itu tiba kira-kira 1 pagi dan dijangka berlepas pada tengah hari ini.

Tan mengesahkan identiti tiga yang meninggal dunia dan tidak dapat dikenal pasti semalam sebagai Hasnah Yusof, 62, Noor Faridah Husin, 62, dan Abdul Ghani Muhamad, 66.

Tiga lagi ialah Abdul Manan Ishak, 50, Pangiran Zaharah Pengiran Zainal, 61, dan Dayang Norhayati Abd Hadi, 61.

Beliau juga berkata bas yang didaftar di Brunei itu membawa 33 orang termasuk dua kanak-kanak berumur tujuh dan sembilan tahun dan penumpang paling tua berumur 78 tahun.

"Mereka terdiri daripada 32 warga Brunei dan seorang warga India, pembantu pemandu berusia 26 tahun. Mereka berada di Sabah untuk bercuti. Pemandunya yang berumur 38 tahun dan pembantu pemandu itu turut cedera parah," katanya.

Bas berkenaan hilang kawalan dan terbalik di selekoh tajam dan merempuh sebatang pokok di Km8.9, Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan di Tuaran pada kira-kira 3.05 petang semasa dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu dari Tawau.

[First Ever Malaysian Action Figure Rock Song! - Park it!]

Tan berkata bas itu akan dihantar ke Puspakom Sdn Bhd untuk pemeriksaan.

Sumber : BERNAMA

KEBAKARAN MUSNAHKAN KEDAI DI TAMAN PERUMAHAN RAKYAT


JOHOR BAHARU, 21 Dis : Seorang lelaki melihat kesan kebakaran yang memusnahkan kedai runcit di Taman Perumahan Rakyat, Lima Kedai dekat Gelang Patah di sini awal pagi hari ini. Empat sekeluarga yang tinggal di atas rumah kedai itu terselamat dalam kebakaran yang bermula kira-kira 3 pagi. Foto = BERNAMA

[Be a proud owner of the latest innovative automobile ]


Gambar BERNAMA 1

Gambar BERNAMA 2

BAYI PEREMPUAN DITEMUI DALAM TONG SAMPAH DALAM KEADAAN TELANJANG



KUCHING: Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditemui dalam tong sampah di sebuah tandas stesen minyak di Jalan Astana, di sini. Bayi itu ditemui pada kira-kira jam 5,30 petang oleh wanita berusia 24 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Sharifah, ketika dia berhenti di situ dan terdengar tangisan bayi dari dalam tong sampah di situ. Dia segera memaklumkan kakitangan stesen tentang penemuan mengejutkan itu dan meminta mereka mengambil bayi itu dari dalam tong sebelum menghubungi polis.

[Get the most affordable iPhone4s plan with DiGi today]

Menurut salah seorang daripada kakitangan stesen berkenaan, bayi itu tidak mempunyai tali pusat dan telah dibersihkan sebelum dibuang dalam keadaan telanjang. Sepasukan anggota polis dari-pada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, termasuk unit forensik bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan. Bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Difahamkan bahawa polis akan memeriksa rekod kamera litar tertutup (CCTV) stesen berkenaan bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab membuang bayi malang itu. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kock Keong ketika dihubungi, mengesahkan penemuan itu sambil menyatakan bahawa bayi berkenaan telah dihantar untuk pemeriksaan perubatan bagi menentukan tahap kesihatan dan umurnya.

Sumber = theborneopost.com

EMPAT BERANAK CEDERA DALAM KEMALANGAN



TAMBUNAN: Empat orang cedera termasuk pemandu (ayah) dan tiga orang anaknya dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah Proton Saga Iswara Sedan berdekatan dengan Tambunan Golf Club (TGNC), 6km dari pekan Tambunan pada awal pagi Ahad.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.15 pagi itu, kenderaan berkenaan mengalami kerosakan manakala tiga mangsa yang berumur 3 dan 2 tahun dihantar ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu pagi kelmarin untuk rawatan lanjut disebabkan mengalami keretakan pada tengkorak dan koyak kulit kepala.

[First Ever Malaysian Action Figure Rock Song! - Park it!]

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat, PB Juhati Angulat ketika ditemui di lokasi kejadian memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.27 pagi lalu mengerahkan tiga anggota bersama sebuah jentera ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, dua orang mangsa perempuan dikeluarkan oleh orang ramai dan terbaring di tanah sementara seorang budak lelaki di belakang kerusi kereta dan seorang dewasa di tempat duduk penumpang hadapan dalam keadaan tidak sedar diri,” katanya.

Budak lelaki berkenaan berumur 5 tahun hanya mengalami cedera di dalam mulut sementara ayahnya cedera ringan di bahagian muka.

Sumber = theborneopost.com

[FULL MOVIE] WRONG TURN 4


Cerita yang sangat menakutkan. Aku cadangkan tengok trailer dahulu sebelum menonton cerita full movienya.... Terlalu menakutkan. Dengan perisian ini(videobb), anda tidak perlu lagi menunggu untuk fully download sepenuhnya seperti dalam Youtube. Anda boleh klik di minit ke berapa sahaja yang anda suka untuk anda tontoninya. Hanya perlu gerakkan tetikus sahaja. Kemudian, selepas menonton lebih kurang 60 minit, anda akan diminta untuk membelinya(melalui iklan), ataupun anda perlu tunggu sejam sebelum movie disambung semula. Aku pilih tunggu jer sebab ceritanya seronok, berbaloi untuk tunggu(sambil berFB).

Selepas masa yang ditetapkan tamat(biasanya sejam) anda perlu refresh semula dan klik ke minit yang anda ingini ataupun ke minit yang anda diberhentikan oleh iklan tadi. Tak perlulah mula semula ke minit pertama movie. Tu jer. Mudah kan? Tak macam Youtube, dah le tak boleh skip ke minit yang kita suka, kekadang tu hakmilik copyright pulak dituntut menyebabkan kita tak berpeluang menonton movie yang kita gemari.

Any pertanyaan, tanya jer kat bawah tu. Lagi satu, just klik link ataupun di bawah sebagai tanda sokongan pada artikel/blog ini dan share dengan kawan2 anda. Click anda, walaupun simple, ia memastikan artikel bermutu terus dihidangkan kepada anda semua. TQVM/TKBB.

[Link 1]

[Link 2]


Trailer 




Full Movie




LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX