LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday, 21 December 2011

Widgets

BAYI PEREMPUAN DITEMUI DALAM TONG SAMPAH DALAM KEADAAN TELANJANG



KUCHING: Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditemui dalam tong sampah di sebuah tandas stesen minyak di Jalan Astana, di sini. Bayi itu ditemui pada kira-kira jam 5,30 petang oleh wanita berusia 24 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Sharifah, ketika dia berhenti di situ dan terdengar tangisan bayi dari dalam tong sampah di situ. Dia segera memaklumkan kakitangan stesen tentang penemuan mengejutkan itu dan meminta mereka mengambil bayi itu dari dalam tong sebelum menghubungi polis.

[Get the most affordable iPhone4s plan with DiGi today]

Menurut salah seorang daripada kakitangan stesen berkenaan, bayi itu tidak mempunyai tali pusat dan telah dibersihkan sebelum dibuang dalam keadaan telanjang. Sepasukan anggota polis dari-pada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, termasuk unit forensik bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan. Bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Difahamkan bahawa polis akan memeriksa rekod kamera litar tertutup (CCTV) stesen berkenaan bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab membuang bayi malang itu. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kock Keong ketika dihubungi, mengesahkan penemuan itu sambil menyatakan bahawa bayi berkenaan telah dihantar untuk pemeriksaan perubatan bagi menentukan tahap kesihatan dan umurnya.

Sumber = theborneopost.com

Comments
1 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX