LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday 9 December 2011

Widgets

PENAGIH DADAH MAUT DIHEMPAP LIF KETIKA CUBA CURI KABEL


KUALA LUMPUR, 9 Dis : Seorang penagih dadah mati dihempap lif ketika cuba mencuri kabel di sebuah bangunan lama di Jalan Dang Wangi di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata lelaki tempatan berumur 28 tahun itu ditemui orang awam kira-kira 4 petang.

"Lelaki itu maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.


Gambar hiasan : Anggota bomba bertungkus lumus menyelamatkan mangsa akibat satu kebakaran di sebuah hispital di India. Untuk berita (Bahasa Inggeris) terkini, [sila klik di sini].

Zulkarnain berkata mangsa cedera parah di bahagian badan dan kepala akibat dihempap besi lif yang terjatuh ke atasnya.

Bangunan lama tersebut dikatakan menempatkan sebuah kolej swasta sebelum ini.

"Mayat lelaki itu kemudiannya dibawa polis ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya.

Sumber : BERNAMA

Jika artikel di atas menarik, sila klik di sini untuk hadiah yang ditawarkan oleh Microsoft, sebuah Grand Livina dan pelbagai hadiah hebat lain. Menarik? Tentulah... Kejayaan anda bermula di sini.

Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX