LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Tuesday, 13 December 2011

Widgets

PELUMBA JALANAN MAUT SETELAH MOTOSIKAL BERTEMBUNG



Kemalangan: REMUK TERUK… Beginilah keadaan depan motosikal Yamaha 125 Z yang ditunggang oleh Samsuddin. Kelihatan dalam gambar, seorang wartawan merakamkan gambar keadaan motosikal mangsa.



TAWAU: Dua pelumba jalanan yang disyaki sedang beradu kelajuan motosikal masing-masing di lapangan terbang lama di sini pada petang Ahad lepas, maut setelah motosikal yang mereka tunggangi bertembung di antara satu sama lain.

Insiden itu dipercayai berlaku sekitar jam 6.30 petang apabila Yamaha RXZ yang dinaiki oleh Zul Maruti, 32, bertembung dengan Yamaha 125 Z yang ditunggangi oleh Samsuddin Husing, 20, hingga menyebabkan mereka terhumban dari motosikal masing-masing.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin ketika ditemui di pejabatnya di sini kelmarin menjelaskan bahawa kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Tawau di antara jam 6.40 hingga 6.45 petang pada hari kejadian.

“Kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan, manakala motosikal mereka pula rosak teruk di bahagian hadapan akibat perlanggaran secara berhadapan yang terjadi semasa kejadian,” katanya.

Menurut Ibrahim, pihaknya tidak menafikan kemungkinan kedua-dua penunggang motosikal terbabit terlibat di dalam aktiviti perlumbaan yang tidak mematuhi spesifikasi peraturan lalulintas dan beradu kelajuan motosikal mereka di hadapan beberapa orang penonton.
Tambahnya, pihak polis akan mengambil kira segala sudut di dalam siasatan mereka dan menjelaskan bahawa pihaknya kini membuka siasatan di dalam kes tersebut di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita berharap orang ramai yang ada menyaksikan insiden ini agar tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis ataupun menerusi Pegawai Penyiasat, Cif Inspektor Lahammad Saleng di talian 089-772121,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau mendedahkan bahawa dalam tempoh 24 jam pada hari Ahad baru-baru ini juga, menyaksikan sembilan kes kemalangan di daerah ini dilaporkan melibatkan satu kes kehilangan nyawa (Zul dan Samsuddin) dan lapan lagi dalam kategori lain-lain kes.

Beliau berkata kes terbaru melibatkan kematian dua penunggang motosikal itu juga adalah yang kedua dalam tempoh empat hari selepas kejadian kemalangan pada Khamis lalu yang melibatkan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia maut ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Utusan Borneo difahamkan, dalam kes pada Khamis lepas itu, Abd Hanan Mohd Yan, 17, meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendudui peperiksaan (kertas) terakhirnya, manakala pemboncengnya, Mohd Irfan Pandu, 17, pula masih menerima rawatan di hospital.

Sumber maklumat = theborneopost.com


Hanya gunakan produk Microsoft berpeluang memandu Livina. Microsoft sentiasa mencariakan dunia komputer anda. So stop stressing about those bills and deadlines now. Obtain your peace of mind by using Microsoft Multi Products to make your life more manageable.


Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX