LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Thursday 15 December 2011

Widgets

BAS SEKOLAH HILANG KAWALAN, REMPUH TUJUH KENDERAAN LAIN



Gambar hiasan bermaklumat(sila klik Translator untuk bahasa pilihan anda)Yovana Yumbo Ruiz, 8, diagnosed with the Tetra-amelia syndrome, lies on the floor during a rehabilitation session at the clinic La Luz in Lima, November 29, 2011. Dr. Luis Rubio, the head of Yovana Yumbo Ruiz's medical case, is rehabilitating her with the hope of putting a bionic arm on her in the future. REUTERS/Mariana Bazo


KUALA LUMPUR, 15 Dis : Seorang lelaki cedera parah apabila bas sekolah dipandunya bertembung sebuah ambulans sebelum merempuh tujuh kenderaan lain ketika cuba memotong sebuah kereta dalam kemalangan di Dutamas Raya, Segambut di sini, Khamis.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP Abdullah Roning berkata, dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, bas tanpa penumpang yang dipandu lelaki berumur 30-an itu dalam perjalanan menghala ibu negara.

"Bas dikatakan cuba memotong sebuah kereta, namun pada masa sama sebuah ambulans datang dari arah bertentangan.

"Ekoran itu, bas terbabit dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh tujuh kenderaan lain termasuk dua buah teksi yang kebanyakannya diletakkan di sebelah kiri bahu jalan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, akibat kemalangan itu, pemandu bas tersebut cedera parah sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan, manakala pemandu ambulans tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika kejadian tiada orang lain dalam ambulans tersebut kecuali pemandu.

Menurutnya, susulan kejadian itu, lapan buah kenderaan rosak termasuk sebuah kereta Perodua Kembara yang remuk teruk akibat dihempap bas berkenaan.

"Siasatan mendapati, kejadian itu berpunca daripada bas sekolah yang gagal dikawal ketika memotong yang pada masa sama sebuah ambulans dipandu laju dari arah bertentangan menyebabkan bas tersebut hilang kawalan sehingga merempuh kenderaan lain.

"Siasatan terperinci sedang dilakukan dan polis akan mengambil keterangan daripada beberapa mangsa termasuk pemandu bas," katanya.

Sumber = BERNAMA


Hanya jika anda tidak mahu kepada iPad, anda perlu klik di sini. And because it's the season for giving, 10 lucky winners who participate in the contest will stand a chance to win and iPad2 as well!



Gambar hiasan bermaklumat(sila klik Translator untuk bahasa pilihan anda)Firefighters rescue people from the roof of a building after a fire broke out at hawker stalls on Fa Yuen Street at Mong Kok in Hong Kong November 30, 2011. Nine people were killed and at least 24 others injured after the fire broke out, according to a government radio station. The cause of the fire is still unknown. REUTERS/Tyrone Siu.

Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX