Gambar dari theborneopost.com
SARIKEI: Seorang warga emas yang uzur nyaris rentung dalam kebakaran Rumah Jawa Geraman, Kerubong, Selalang dekat sini, semalam.Tindakan pantas penduduk berjaya menyelamatkan beliau, namun hampir semua penduduk rumah panjang berkenaan tinggal sehelai sepinggang.
Dalam kebakaran pada kira-kira jam 11.40 pagi itu, 28 pintu daripada 30 pintu bilik rumah panjang terbabit musnah.
Seorang mangsa, Jelembai Mosidi, 30, berkata dia terkejut melihat asap hitam keluar dari salah sebuah bilik di hujung sekali rumah panjang dan terus menjerit meminta tolong daripada penduduk.
“Ketika kejadian saya baharu keluar dari bilik selepas mendengar van menjual makanan sampai. Apabila saya sampai di anjung rumah saya terus ternampak api dan asap keluar dari sebuah bilik yang terletak di hujung rumah panjang kami.
[Berita bergambar 1 klik di sini]
[Berita bergambar 2 klik di sini]
[Tawaran hebat dari PERODUA. Semua layak dengan hanya syarat mudah]