PANTU: Seorang pemandu dan kelindan sebuah lori pengangkut barang nyaris maut apabila kenderaan yang dipandu mereka terbabit kemalangan di kawasan Bukit Begunan, Pantu pagi semalam.
Menurut saksi, kejadian berlaku apabila lori malang itu yang dalam perjalanan dari Kuching menuju ke Miri gagal mendaki puncak Bukit Begunan sebelum melintang di tengah laluan jalan raya.
“Kejadian menyebabkan berlaku kesesakan yang agak teruk dari kedua-dua arah kerana kenderaan lain tidak dapat melalui jalan itu kerana terhadang oleh lori,” katanya.
Susulan itu, beberapa pengguna kenderaan terpaksa menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Punggu Kara dan Lachau sepanjang 13 kilometer bagi meneruskan perjalanan mereka, katanya.
“Tidak lama kemudian sebuah trak penunda tiba untuk mengalihkan lori tersebut seterusnya memulihkan laluan trafik di situ,” katanya.
Terdahulu, insiden hampir sama turut berlaku di kawasan simpang Punda, Simunjan apabila sebuah lori pengangkut cecair turut gagal mendaki laluan berbukit di situ menyebabkannya terbabit kemalangan kecil.
Sumber : theborneopost