LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Saturday 17 December 2011

Widgets

PENOREH GETAH MAUT KEPALA DIHENTAK KE DINDING



[Click Translator untuk bahasa pilihan anda]Pilihanraya di Congo.... An opposition UDPS member bleeds from a head wound after being beaten by security forces outside N'Djili airport in Democratic Republic of Congo's capital Kinshasa November 26, 2011. Police in Congo blocked President Joseph Kabila's main rival at an airport in Kinshasa on Saturday to stop him staging an election rally after at least two died in violence across the central African state's capital city. Two days before presidential and parliamentary elections, rival factions hurled rocks at each other and gunfire was heard across town. REUTERS/Finbarr O'Reilly. (Gambar hiasan bermaklumat)


KUALA LIPIS, 16 Dis : Seorang penoreh getah maut selepas kepalanya dihentak ke dinding ketika mabuk bersama rakannya.

Mangsa, Kassim Bah Litap, 34, disahkan meninggal dunia 5 petang Jumaat di Hospital Sultan Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh.

Menurut Ketua Polis daerah Kuala Lipis, Supt Abdul Razak Hassan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

"Dalam kejadian dua hari lepas, mangsa minum minuman keras bersama suspek di rumah suspek di Kampung Kenit, dekat Pos Betau kira-kira 12 tengah malam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kedua-dua mereka mabuk, mangsa mendesak suspek minum minuman keras lagi tetapi ditolak suspek yang berusia 24 tahun.

"Suspek menolak kerana sudah mabuk tetapi mangsa mendesak juga menyebabkan suspek menghentakkan kepala mangsa ke dinding," katanya.

Selepas kejadian berkenaan, mangsa pulang ke rumahnya dan tidur sehingga jam 10 pagi semalam.

"Isteri mangsa, 20, yang terkejut melihat keadaan mangsa segera memaklumkan ibunya dan mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Betau.

"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lipis sebelum dipindahkan ke HoSHAS berikutan kecederaan parah yang dialaminya," katanya.

Abdul Razak berkata suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

"Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber = BERNAMA


Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX