TELIPOK: Cubaan seorang lelaki berusia 50 tahun untuk membunuh diri dari tingkat empat, Blok 8, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Telipok Ria di sini kelmarin gagal apabila terhalang oleh jeriji besi yang dipasang pada tingkap bilik kediamannya. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, cubaan Sabri Johan yang kudung kaki kiri membunuh diri digagalkan jeriji besi dipasang di situ, walaupun sudah membuka tiga keping cermin tingkap.
Tindakan Sabri itu hanya disedari anggota keluarga serumahnya kira-kira jam 9 pagi, yang kemudiannya meminta bantuan polis serta Pasukan Bomba dan Penyelamat untuk menyelamatkan mangsa.
Bagaimanapun, Sabri mengalami kecederaan pada muka selepas terkena serpihan jubin lantai yang dibalingnya pada daun pintu untuk mengelak ditahan polis.
Anak saudaranya, Anuar Ali, 17, berkata sebelum kejadian, bapa saudaranya itu sudah 15 hari berkurung dalam bilik itu, dipercayai mengalami tekanan perasaan selepas kaki kirinya dipotong kerana jangkitan penyakit kencing manis pada 2009.
“Sejak berkurung dalam bilik, pakcik saya yang masih bujang tidak makan dan minum. Kami cuba pujuk dia keluar dari situ kerana bimbang kesihatannya terganggu namun gagal.
“Cubaan pakcik membunuh diri dengan terjun dari tingkat empat bangunan PPR Telipok Ria itu hanya kami sedari apabila terdengar kaca tingkap pecah, kira-kira jam 11 malam,” katanya ketika ditemui, di tempat kejadian, di sini kelmarin.
Difahamkan, Sabri tinggal bersama 13 anggota keluarga adik perempuannya, yang sudah bekeluarga di PPR Telipok Ria itu sejak setahun lalu.
Rakan Sabri, Mujim Unding, 27, mendakwa sudah 15 hari tidak bertemu dengan Sabri, selepas dia enggan keluar daripada bilik di rumah itu.
“Lazimnya, saya dan Sabri minum bersama di anjung PPR Telipok Ria apabila ada waktu lapang. Bagaimanapun, sudah 15 hari saya tidak bertemu dengan dia, selepas Sabri enggan keluar daripada bilik itu.

“Saya cuba beberapa kali memujuk dia supaya keluar daripada situ, namun gagal. Malah Sabri meminta saya bunuh saja dia,” katanya.
Sementara itu, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran dan bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang ramai kira-kira jam 10 pagi.
Polis terpaksa memecahkan daun pintu salah sebuah bilik di tingkat empat, blok 8, PPR itu untuk menyelamatkan lelaki terbabit, yang dipercayai cuba membunuh diri itu.
Jurucakap polis berkata, sewaktu cubaan memujuk supaya lelaki itu menyerah diri, lelaki itu membaling beberapa jubin lantai yang dikopaknya ke arah polis, menyebabkan serpihan terkena pada bahagian mukanya.
Katanya, lelaki itu kemudiannya ditahan polis dan hantar untuk rawatan lanjut di Hospital Tuaran.
Sumber = theborneopost.com
Siapa kata naik ski mesti ada salji. Freeride skiers carve their way down a steep slope of crushed rocks, in the western Austrian village of Haiming, some 45 kilometers (28 miles) west of Innsbruck, November 30, 2011. REUTERS/Dominic Ebenbichler.