TAMBUNAN: Empat orang cedera termasuk pemandu (ayah) dan tiga orang anaknya dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah Proton Saga Iswara Sedan berdekatan dengan Tambunan Golf Club (TGNC), 6km dari pekan Tambunan pada awal pagi Ahad.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.15 pagi itu, kenderaan berkenaan mengalami kerosakan manakala tiga mangsa yang berumur 3 dan 2 tahun dihantar ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu pagi kelmarin untuk rawatan lanjut disebabkan mengalami keretakan pada tengkorak dan koyak kulit kepala.
[First Ever Malaysian Action Figure Rock Song! - Park it!]
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat, PB Juhati Angulat ketika ditemui di lokasi kejadian memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.27 pagi lalu mengerahkan tiga anggota bersama sebuah jentera ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba, dua orang mangsa perempuan dikeluarkan oleh orang ramai dan terbaring di tanah sementara seorang budak lelaki di belakang kerusi kereta dan seorang dewasa di tempat duduk penumpang hadapan dalam keadaan tidak sedar diri,” katanya.
Budak lelaki berkenaan berumur 5 tahun hanya mengalami cedera di dalam mulut sementara ayahnya cedera ringan di bahagian muka.
Sumber = theborneopost.com