LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Monday, 19 December 2011

Widgets

PARIT BERLUMPUR SELAMATKAN DUA PEMUDA DARIPADA MAUT





KUCHING: Parit berlumpur menyelamatkan dua pemuda daripada maut digilis kereta yang ‘membenamkan’ kedua-dua mereka selepas terlibat dalam kemalangan awal pagi semalam.

Kedua-dua mangsa yang terbenam di dalam lumpur, betul-betul di bawah bahagian hadapan kereta, terpaksa diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Penunggang motosikal yang berusia 21 tahun dikatakan mengalami kecederaan kritikal berbanding pembonceng berusia 17 tahun.

Kedua-dua mangsa yang disaluti lumpur kemudiannya dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Kedua-dua mereka berasal dari Kota Samarahan.

Insiden pada kira-kira jam 1 pagi di Batu 4 Jalan Penrissen di sini, dipercayai berlaku setelah kereta yang dipandu seorang wanita berusia 30-an secara tiba-tiba membuat pusingan lalu melanggar motosikal tersebut.

Akibat perlanggaran itu, kedua-dua pemuda terbabit tercampak ke dalam parit manakala kereta tersebut turut terhumban ke dalam parit yang sama dan betul-betul berada di atas mereka.


Sementara itu, dalam kejadian kemalangan berasingan yang berlaku sekitar jam 3 pagi semalam di Batu 9 Jalan Penrissen, sebuah lori kecil terjatuh ke dalam parit apabila kenderaan itu hilang kawalan selepas pemandunya berusaha mengelak anjing.

Pemandu yang berusia 26 tahun dan rakannya,20, mengalami kecederaan ringan dan dibawa balik ke sebuah kilang di Batu 11. Polis sedang menyiasat kes-kes tersebut.

Sumber = theborneopost.com

Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX