LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Monday 25 July 2011

Widgets

29072011 SAMBUTAN PENGEMBARA MALAYSIA MENGELILINGI DUNIA



Alhamdulillah sahabat kita berjaya juga dalam misi mengelilingi dunia dengan basikalnya. Jom kita layan gambar2 sambutannya....

Gambar sumbangan dari lensa kamera Boy Teoh Hau






Misi Anak Bangsa Berbasikal Kelilingi Dunia Mulai Khamis Ini

KUALA LUMPUR: Misi dua anak bangsa berbasikal menjelajah dunia sejauh 30,042 kilometer selama 288 hari bagi menjulang moto "Malaysia Boleh, Malaysia Gemilang" akan bermula pada Khamis ini.

Abdul Khalib Zakaria, 39, dan Mohd Aswad Zainal, 24, berharap dapat menamatkan Misi Berbasikal Mengelilingi Dunia Kedua itu pada 26 April 2011.

Mereka merupakan anak didik Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Datuk Hasan Nawawi, pemegang rekod semasa yang berbasikal mengelilingi dunia selama 389 hari pada awal 2001 hingga awal 2002.

Abdul Khalib dan Mohd Aswad menjalani latihan dan bimbingan daripada penaung mereka sejak tujuh tahun lepas bagi meneruskan kesinambungan Hasan, yang memegang rekod Malaysia's Guiness of Record hasil kejayaan ekspedisinya.

Abdul Khalib berkata mereka akan menempuhi laluan sukar kerana perjalanan melibatkan kawasan tanah tinggi di China iaitu Yunan, Sichuan dan Xinjiang.

"Kawasannya bergunung-ganang dan faktor cuaca juga mencabar kerana di sana kami akan berbasikal di bawah suhu 0 darjah celcius," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan bendera dan sumbangan cek bernilai RM10,000 oleh Panglima Angkatan Tentera Darat Datuk Zulkifli Mohd Zain di bangunan Majlis Sukan Negara di sini, hari ini.

Abdul Khalib berkata ekspedisi mereka yang paling getir sebelum ini adalah berbasikal selama 100 hari melalui Thailand, Laos, Vietnam dan China sebagai persediaan awal memantapkan kekuatan mental, fizikal serta rohani bagi mencapai matlamat misi Berbasikal Mengelilingi Kedua itu.

Selain itu, mereka juga membuat persiapan dengan mempelajari bahasa asing bagi memudahkan ekspedisi mereka nanti.

"Saya tahu berbahasa Thai dan juga Laos. Saya juga belajar serba sedikit bahasa Mandarin," katanya.

Mereka menetapkan sasaran kayuhan sejauh 140km sehari untuk membuktikan kehebatan anak Malaysia di arena antarabangsa.

Abdul Khalib, anggota komando Tentera Darat dan Mohd Aswad, bekas pelajar Politeknik Ungku Omar, merupakan pemegang rekod "Malaysia's Longest Distance Cycling by A Duo", setelah mereka berjaya mengelilingi Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah pada jarak 4,547km dalam tempoh sebulan. - BERNAMA

Sambutan Pengembara Basikal Mengelilingi Dunia

Masa
31hb Julai · 1.00 ptg - 4.00 ptg

Lokasi
Pintu Sempadan Bukit Kayu Hitam

Dianjurkan Oleh:

Maklumat Lanjut

Program Sambutan Pengembara Basikal BMD2

BMD2 adalah cetusan idea dari "Wira Daratan" Malaysia, Dato' Hasan Nawawi Abdul Rahman.Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama yang telah Berbasikal Mengelilingi Dunia pada 2001-2002 bersama adiknya, Ahmad Reduan Abdul Rahman selama 389hari

Kini, kami berdua pula telah mengharungi pengembaraan yang cukup mencabar.Suka-duka hanya kami berdua. Sejuk,panas,ribut,hujan,si​ang,malam tetap diteruskan pengembaraan.
Membawa semangat "Malaysia Boleh" & "BMD2 Boleh"


Program kayuhan bersama BMD2

30 Julai 2011
BMD2 akan tiba di Had Yai,Thailand.Kami akan menginap di Hotel Yong Dee (orang malaysia sebut mane ceruk siam deme tau...hihihi..)

31 Julai 2011
Kepada rakan-rakan yang ingin menyertai kami berkayuh dari Had Yai ke Bukit Kayu Hitam sejauh 60km bolehlah tunggu di hadapan Hotel Yong Dee pada jam 9.00pagi Malaysia/8.00pagi Thailand.
Pesanan : "Jangan salah setting jam yer....hahaha"

Penginapan terpulang pada anda.

Majlis sambutan di pintu sempadan pada 31 Julai 2011 jam 1.00 tengahari Malaysia.

Apa pon kehadiran anda semua dihargai

Boleh kita semua bergambar kenangan bersama.

Hati-hati dijalanraya








Bisharuzi Omar posted to Gerek Basikal
Info drp Kapla basikal MPKj Mohd Shahrizaiffuddy Shamsuddin
Slm tn/pn2. Sukacita dimaklumkan Pgrm Sambutan Kepulangan BMD2 (AskWhatBeskal & Khalib) akan diadakan pada 29-31 Julai 2011 di laluan Bkt Kayu Hitam-Hatyai-Bkt Kayu Hitam . Yuran RM 50 (staf MPKj) & RM 80 (bkn staff). Kepada yg berminat sila hubungi eddy MPKj untuk urusan penginapan & urusan surat menyurat

Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX