LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday 22 July 2011

Widgets

KAYUHAN AMAL UNTUK SEORANG PESAKIT KANSER

Gambar hiasan sahaja


Sabtu, 23Julai2011. Aktiviti berjalan lancar. Walaupun bilangan tak begitu ramai tapi sesuatu yang baik pasti disukai Allah SWT. Kepada yang ingin membantu, peluang masih ada melalui maklumat di bawah sekali.

Gambar sumbangan dari lensa kamera Normarina Abdul Jabar
=========================+++==========================


Masa
23hb Julai · 8.00 pagi - 10.30 pagi

Lokasi
Dataran Primasaujana

Dianjurkan Oleh:

Maklumat Lanjut
Salam Alaikum semua,

Satu kayuhan amal akan dianjurkan oleh kelab basikal DRCT Kajang untuk membantu seorang saudara kita yang sekarang telah didiagnos menghidapi penyakit kanser. Beliau mempunyai 4 orang anak yang masih kecil dan isterinya tidak berkerja. Setiap hari terpaksa berulang alik ke HUKM untuk proses kimoterapi setelah diberi cuti 2 bulan oleh syarikatnya. Sama2lah kita menyumbang dan membantu saudara kita yang sedang dalam kesusahan. Sedikit atau banyak, moga2 usaha kita semua dirahmati Allah s.w.t.

Hari : Sabtu 23/7/2011
Masa : 8.15 pagi
Tempat bermula : Dataran Prima Saujana Kajang, Selangor
Pakaian : Sopan & tutup aurat
Jemputan khas : Ahli parlimen hulu langat, Adun Kajang, Dato' Ujang Bagong, Imam masjid Jamek Kajang & Ketua kg Sg Kantan.

8.15 pagi - 8.30 pagi - Semua perserta akan berkayuh secara berkumpulan mengiringi kereta jemputan dari dataran prima saujana ke Taman Sg Kantan Kajang. Kayuhan dianggarkan sejauh 3KM.

8.45 pagi - 9.00 pagi - Ketibaan semua peserta dan jemputan kehormat ke rumah pesakit.

9.00 pagi - 9.30 pagi - Majlis doa selamat yang akan diketuai oleh imam masjid Jamek Kajang.

10.00 pagi - Penyampaian sumbangan & Jamuan ringan

10.15 pagi - Majlis bersurai

Sumbangan boleh dihulurkan kepada Sdr Asri / Sdr Sham / Sdr Suhaimi atau secara terus kepada pesakit di akaun Maybank yang dinyatakan dibawah ini.

Nombor akaun maybank : 1121 4800 7728
Nama : Shahrul Bahrin bin Ali

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi nombor2 dibawah :-

1) Sdr Asri - 0193023119
2) Sdr Sham - 0182203800
3) Sdr Mie - 0122023204

Pautan : https://www.facebook.com/event.php?eid=237904499564105

Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX