LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday 6 July 2011

Widgets

JAMBOREE OH JAMBOREE: LETS RULES SAY IT WORDS(PART 1)

Gambar ini bukan nak tunjuk tv apa yang aku pakai, tapi nak tunjuk gambar kotak tisu tu. Straight to the point. Kotak tisu cap MOBIL, hadiah kepada pelanggan yang belanja minyak RM50 dan ke atas di satu stesyen minyak di Sungai Petani. Aku rasa bukan semua stesyen minyak bagi tisu(atau air mineral) free macam kedai tu buat. Tapi oleh kerana untuk menghargai dan menarik pelanggan, depa bagi hadiah yang cukup praktikal-tisu, selalu dipakai, lepas tu dibuang. Dan manusia tak suka membeli sesuatu yang akan dibuang. Praktikal bukan?
So, macam tu la jugak jamboree. Bila ada komitmen nak menjayakan sesuatu jamboree, tunjukkanlah sesuatu yang special tentang jamboree tu. Lucky drawnya ke. Hadiah utk rider yang join ke(contohnya medal). Jerseynya ke, atau t-shirtnya ke. Tunjuk, tunjukkan kesemuanya, asalkan yang boleh menarik rider ke jamboree di atas. Cuba tengok sesetengah event tu. Bulan 10 nak anjur, bulan 7 dah prepare hadiah/goodies dah. Kan molek macam tu. Jamboree bukan kerja sebulan, ia kerja hampir 4 bulan sebelum tarikh jamboree. Sebab tu lah sesetengah event tu, nak ambil 1500 peserta, tapi 2 bulan sebelum event dah tercapai sasarannya. Check la blog aku, tentu anda akan perasan event yang mana.

So, kesimpulannya.., prepare awal. Tunjukkan tarikan jamboree anda. Trek? Semua trek macam biasa je.., lalu kelapa sawit, pokok getah, dusun... Tu semua rider dah tahu. Dan, janji kena tunai. Kalau RM1000 utk first prize, kena bagila. Usahalah kot mana pun. Janji mesti ditepati. Kalau tak, tahan telinga je la. Cuma setakat ni, tak ada la dengar penganjur kena tumbuk. Ke depan? Tak tahu nak cakap la.
OK, setakat ni dulu. Mohon supaya otai2 dikalangan rider mahupun penganjur, turunkanlah sedikit tantatangan(komen) anda di bawah. Saya percaya anda mempunyai pengalaman yang akan dikongsi untuk manfaat bersama. Kan nasihat itu satu sedekah? Jomlah beramal...





Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX