LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Thursday 14 July 2011

Widgets

TERENGGANU CITY NIGHT GAMES JULY 2011

Satu lagi event di Terengganu. Nampaknya Terengganu, selain dari menghasilkan jaguh2 lumba basikal kebangsaan bertaraf dunia, turut menganjurkan pelbagai aktiviti berkaitan basikal untuk menarik rakyat dari pelbagai golongan untuk menceburi sukan berbasikal demi meningkatkan kualiti kesihatan rakyatnya.


Masa
15hb Julai · 8.30 pagi - 11.30 ptg

Lokasi

Dianjurkan Oleh:

Maklumat Lanjut

Terengganu City Night Games adalah merupakan karnival setempat yang berlangsung selama 1 hari pada setiap bulan sehingga penghujung tahun 2011.
Ia merangkumi pelbagai jenis sukan dan aktiviti antaranya sukan berprestasi tinggi, sukan lasak, sukan massa, acara hiburan, pameran, jualan, demonstrasi dan mari mencuba.
Motif utama City Night Games adalah mempelbagaikan aktiviti sukan di persekitaran kompleks sukan, mempelbagaikan aktiviti malam minggu, membantu menghindarkan remaja dari gejala tidak sihat, seterusnya untuk menjadi salah satu tarikan dalam sektor pelancongan.
GOHEK Terengganu Fixie Community serta kerjasama dengan kelab-kelab dan persatuan berbebasikal seluruh Terengganu seperti Go8, APC, GKM, KAYOH BIKE, KTCC, PLBT, ECCT Dungun, TSG dan sebagainya akan mengadakan beberapa acara pertandingan dan perlumbaan basikal MTB, Road, Fixie, Basikal Unik dengan pecahan kepada beberapa kategori merangkumi semua peringkat umur.
Pameran basikal serta jualan peralatan basikal secara 'garage sales' juga diadakan sepanjang karnival ini.
Jom kita meriahkan.....

Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX