Sabtu,16072100. Sekali lagi PIPR 10 menggegarkan Putrakaya. Ops silap ejaan, Putrajaya. Putrajaya digegarkan dengan event PIPR 10. Kalau PIPR9 dibuat pada waktu siang(gambar sumbangan dari lensa kamera Sal Em), kali ini PIPR10 dijalankan pada waktu malam. Saksikan kemeriahannya dari rakan2 FBaku yang bermurah hati(dan mengumpul pahala) untuk tatapan peminat basikal semua. Gambar2 ini begitu menghidupkan suasana, hanya dengan menikmati gambar2 mereka, kita seolah-olah dibawa ke event tersebut(walaupun pada hakikatnya kita hanya berada di depan PC kita, he3)
Gambar sumbangan dari lensa kamera Zuhardi Abu Baharin Joe
Gambar sumbangan dari lensa kamera Inter Parks Ride
So, bagaimana? Syok kan? Meriah kan? Tu la, lain kali kena join la. Mungkin lepas raya la pulak. Ada lagi event yang dijalankan sebelah malam. Jom Kayuh.....
+-----------------------------------------------------------------------------+
Poster di atas mungkin boleh menarik minat ahli keluarga rider untuk turut serta bersama-sama anda memeriahkan lagi PIPR 10 pada 16 Julai 2011 nanti
Beberapa info ini diharap dapat membantu anda untuk menyertai PIPR 10 pada 16 Julai 2011, bermula 8.30 malam. Jika anda bernasib baik, anda mungkin dapat melihat pertunjukan bunga api dengan jelas sambil berkayuh.
Masa | 16hb Julai · 8.00 ptg - 11.00 ptg |
---|---|
Lokasi | Monumen Alaf Baru (Tapak Floria) |
Maklumat Lanjut | Putrajaya Inter Parks Ride siri 10 akan diadakan pada walktu malam Sabtu. Makanan, Minuman, Lucky draw dan Pertunjukan mercun juga. Lokasi di Monumen Alaf Baru (Tapak Floria). INGAT!!!! Helmet dan Lampu mesti ada. Jika tak bawa,anda tidak digalak mengayuh.Pastikan anda ingatkan kawan2 lain. Untuk keterangan lanjut hubungi : 012-337 8048 Edzuan |