LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Saturday 23 July 2011

Widgets

28072011 >> PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT : AKTIVITI BERBASIKAL

Aktiviti kali ini diadakan bersempena Minggu K&KP UKM, salah sebuah universiti tersohor di Malaysia. Kalau direnung ke tahun 1988, sebenarnya aku pernah berhajat ke universiti ini selepas tamat SPM. Tapi tak layak kerana syarat memasuki program matrikulasi UKM pada ketika itu ialah kredit dalam Matematik Tambahan, sedangkan aku hanya dapat P8 je. Nyaris2 dapat F9. Okey, jom kita layan gambar2 menarik yang dapat dirakamkan oleh rakan2 FB saya ayng sanggup berkongsi gambar2 event ini..... Jom ......

Gambar sumbangan dari lensa kamera
Hamdzan Tukimin

Gambar sumbangan dari lensa kamera Bisharuzi Omar
.

===============================================




Satu kempen kesedaran Gaya Hidup Sihat akan dijalankan dan dibuka kepada warga UKM dan juga orang awam yang ingin turut serta. Butirannya seperti berikut :

Program Gaya Hidup Sihat: Senamrobik

Tarikh: 28 Julai 2011 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dataran Dewan Gemilang UKM
**Pemeriksaan kesihatan secara percuma turut diadakan.

Aktiviti:
Program Gaya Hidup Sihat: Aktiviti Berbasikal
Tarikh: 28 Julai 2011 (Khamis)
Masa: 9.45 pagi
Tempat bermula: Dataran Dewan Gemilang UKM
Jarak laluan: 7.1 km
Check point: FST, Kolej Pendeta Za'ba dan Bangunan Canselori

MAKLUMAT DAN SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Program akan diadakan pada 28 Julai 2011 mulai jam 9.45 pagi di Kampus UKMBangi.
2. Pelepasan akan dibuat di Dataran Dewan Gemilang, UKM.
3. Penyertaan terbuka kepada semua kakitangan UKM dan juga warga awam.
4. Hanya 30 basikal sahaja yang akan disediakan oleh pihak urus setia kepada 30 peserta terawal yang mendaftarkan diri (akan dimaklumkan oleh urus setia).
5. Peserta digalakkan membawa basikal sendiri (jika ada).
6. Peserta perlu memakai pakaian yang bersesuaian serta membawa kelengkapan keselamatan sendiri (jika ada).

MAKLUMAT KETERANGAN LANJUT
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Cik Siti Rahimah Umar atau Cik Norlinda Omar di talian 03-8921 3257.

Penyertaan dari orang awam amat dialu-alukan demi memeriahkan lagi aktiviti yang dijalankan.

Maklumat Terkini : Senarai Peserta Kayuhan UKM




Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX