LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Saturday, 20 August 2011

Widgets

1000 BULAN DI 20RAMADHAN1432


Rejab dengan malam Israk Mikraj-nya…, Syaaban dengan malam Nisfu Syaaban-nya…, dan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadar-nya. Dengan baki usia yang tidak seberapa ini, mahukah kita membiarkan malam Lailatur Qadar berlalu begitu sahaja. Tepuk dada, tanyalah iman...

Daripada Hadrat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang berdiri beribadat pada malam Lailatul Qadar dengan Iman dan Ihtizab(berniat untuk mendapatkan ganjaran) akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”


Hadrat Anas ra berkata, “Telah masuk bulan Ramadhan, lalu Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya bulan ini telah datang kepada kamu. Dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang terlebih baik dari seribu bulan, sesiapa yang terlepas darinya maka dia telah terlepas dari segala kebaikan dan tidaklah terlepas dari kebaikannya kecuali dia benar-benar rugi.”

Hargailah baki usia yang tertinggal(sebagaimana anda menghargai setiap RM pada hujung bulan...hehehe)

Oh ya. sebelum saya akhiri pertemuan kali ini, ada sedikit coretan yang saya ingin kongsi, dari rakan Facebook saya, Norman Liverpool
Imam Masjid Kg. Warisan (Sabah) merupakan seorang guru tahfiz berasal dari Filipina. Kakinya tempang sebelah akibat jatuh pokok. Bila saya tanya tentang kejadian itu, jawabnya, " Tidak mengapa ia hanya sebentar...Insyallah di sana esok eloklah kembali kaki ini. Sewaktu saya kanak2 pula di Bota (Perak), ada seorang lelaki dikenali sebagai Alang Buta. Ya... gelaran itu tentulah kerana dia buta tetapi setiap hari sehingga akhir hayatnya dia akan berjalan sejauh 1 km dengan menggunakan tongkat untuk mengumandangkan azan (bilal) di masjid. Tidak malukah kita melihat seorang tempang kakinya tetapi mengimamkan solat di masjid dan seorang lagi buta melaungkan azan, sedangkan kita ke gym setiap hari tetapi untnk bersolat atau ke masjid hanya seminggu sekali. Tidak malukah, kita lebih kerap ke panggung wayang daripada masjid. Hei kawan!!!...dengar apa kata Rasulullah SAW mengenai syurga, "Batu batanya terbuat dari emas dan perak. Lempungnya adalah kesturi, kerikilnya adalah intan dan permata. Tanahnya adalah zafaron. Orang yang masuk kedalamnya akan merasakan kenikmatan dan tidak akan pernah ada gangguan. Ia akan kekal dan tidak akan pernah mati. Bajunya tidak akan usang dan masa mudanya tidak akan hilang”...Apakah kamu masih ragu2 lagi???
Moga hadis dan nasihat ini akan menghidupkan hati kita yang ada ketikanya layu tak bermaya.....




Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX