LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Monday, 15 August 2011

Widgets

GB VS MCE&B

Wokey, todayku nak story sikit tentang aktiviti aku pada petang Sabtu(13082011) baru2 ni. Sekolah tempat aku menimba ilmu selama 5 tahun(1983-1987) ada buat sedikit event, Majlis berbuka puasa untuk ex-studentnya. Alhamdulillah, ada rezeki aku kat sana walaupun aku ada beberapa urusan yang perlu dibereskan, ianya berjaya diselesaikan dengan izin Allah SWT. Dan terjadilah satu pertemuan bersejarah. Perhubungan melalui aktiviti berbasikal menyatukan kami.


Abang Adi, senior aku 3 tahun. Untuk pengetahuan para rider, dialah pemilik laman blog www.malaysiacycling.blogspot.com , laman blog yang mengiklankan pelbagai aktiviti berbasikal sepanjang tahun dan himpunan blog2 rakan2 rider yang berkongsi cerita aktiviti berbasikal masing2. Mungkin disebabkan kami berkongsi banyak perkara yang sama(sekolah menengah yang sama, negeri Kedah yang sama, minat berbasikal yang sama), seolah-olah ada chemistry antara aku dengan Adi, mendorong aku menyediakan blog yang hampir sama. Cuma aku menambah beberapa elemen tambahan dalam blog aku untuk menarik minat pengunjung dari pelbagai kategori. Kiranya macam abg Adi ni Amerika(pencipta) dan aku macam ni Jepun(menambah pelbagai elemen dalam suatu ciptaan)


Majlis berbuka untuk ex-student SMSains Sultan Mohammad Jiwa
Sungai Petani, Kedah


Asyik depa je yang tangkap gambaq, aku pulak pu tangkap gambaq depa...he3


Depan dewan besar yang masih utuh sejak 1983 lagi.
Bila dibina, maaf. Tiada maklumat tentangnya


Apa yang sama, apa yang berbeza?
Komen la sikit kat bawah(Positif komen ok... he3)

PautanUntuk gambar2 lagi, bolehlah klik di sini. Disumbangkan oleh Fairuz Othman

OK, setakat ini dulu celotehku. Jumpa lagi.



Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX