LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Saturday, 27 August 2011

Widgets

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1432H


Jajarkan ke Tengah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….Peringatan untuk saya dan kita semua, yang kadang-kadang terlupa jalan pulang ke syurga….

Saya rasa, tatkala saya menulis entri ini untuk blog www.gerekbasikal.blogspot.com , ramai kawan2 dari Facebook dan alam nyata telahpun sampai di rumah ibu ayah/mertua untuk meraikan hari berbahagia yang singgah dalam kehidupan kita sehari dalam setahun. Hari yang mana, secara officialnya/rasminya, seorang anak akan memohon maaf atas segala keterlanjuran tingkahlaku/tuturkata yang dilakukan secara sengaja mahupun tak sengaja.. Hari yang mana, seorang isteri akan mencium tangan suaminya memohon maaf atas sedikit kesalahan yang mungkin dilakukannya secara tidak sengaja. Hari yang mana seorang suami akan mengucup dahi isterinya sambil menanam keazaman untuk menjadi suami yang lebih baik. Hari yang mana, anak2 akan menziarahi pusara ibu/ayah tercinta yang pergi menemui Allah SWT sambil membaca surah Yasin, ataupun Al-Fatihah sekurang-kurangnya. (Banyaknya ‘Hari yang sama’ daa..he3)

TQVM kepada Wei Tzen kerana sudi berkongsi video klip ini

Hari yang mana, kita akan bangun awal, sembahyang Subuh berjemaah, mandi sunat sebelum raya, memakai baju baru, memakai wangian, bercelak, menjamah sedikit juadah sebelum bersolat sunat Hari Raya Aidilfitri, menziarahi pusara dan melalui jalan yang lain semasa pulang.

Hiburan mendidik jiwa...

Tiada perkataan yang lebih baik dari bersyukur pada atas segala nikmatnya. Hari raya bukan sekadar hari kita ziarah-menziarahi, tetapi hari kita membesarkan Allah SWT yang tak putus2 mengurniakan pelbagai nikmat kepada kita, yang kebanyakannya amat besar dan tak ternilai harganya(cuba perhatikan kesempurnaan diri kita).

Dengan melihat 'mereka yang dibawah' barulah kita akan lebih memahami...


Moga kita terhindar dari melakukannya..


Jangan terlalai leka. Perjalanan kita masih berbaki...

Ops, jangan terlupa....Berhati-hati ketika memandu, patuhi peraturan jalanraya, bersabar di jalanraya, stereng kita bukan seperti stereng mereka, mudahkan perjalanan kita, dan pilih jalan yang selamat, elakkan kesesakan dengan merancang perjalanan anda.

Kepada para penganjur, jutaan terima kasih kerana event2 dari anda telah menceria dan memeriahkan lagi arena berbasikal di negara kita. Untuk pengetahuan para rider, penganjuran event bukanlah tempat yang baik untuk memperolehi keuntungan lumayan. Walaupun nampak banyak perolehan kasarnya, tapi perbelanjaan penganjuran pun bukannya sedikit. Hanya bergantung kepada sumbangan sponsor.... Kalau tak, telungkop event tu. Dan tak lupa juga sumbangan para sponsor, kerana tanpa sumbangan anda, tiada event akan berjaya dengan cemerlang.

Kepada para rider, event bukan sekadar kita mendapat placing, tetapi juga tempat untuk kita berkenal mesra, berkasih sayang sesama Islam dan rakan kayuhan yang lain, merasai trek/cabaran baru dalam kayuhan, mengumpul goodies/baju event, menikmati/menghargai gambar2 kita dalam event sebagai bahan sejarah dalam hidup(gambar, walaupun tiada tulisan untuk menerangkannya, namun difahami oleh setiap yang menghayatinya), mengunjungi sesetengah tempat yang tak mungkin kita kunjungi jika tidak menyertai event tersebut. Dan boleh jadi tempat mengisi masa berharga/quality time dengan family.

Dan akhir sekali, Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan dengan rendah diri memohon maaf zahir dan batin atas segala kesilapan saya, sengaja ataupun tak sengaja, kesalahan/kesilapan kecil mahupun besar, kesalahan tersembunyi mahupun terang-terangan... Insya Allah jika umur panjang, kita akan bertemu jua. Tak lupa juga kepada kawan2 kita yang non-Muslim, selamat bercuti panjang dan saling kunjung-mengunjungi sesama kita...




Lagu raya dari saya(dulunya peminat Allahyarham Sudirman Hari Arshad)







Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX