LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Tuesday, 16 August 2011

Widgets

£ 35,000 HANYA DARI LAMAN MEDIA SOSIAL



Seorang penjenayah siber mencuri £35,000 dari akaun bank jiran-jiran beliau dengan menggunakan maklumat yang dipaparkan di bahagian profil pada laman sosial Facebook dan Friends Reunited

Iain Wood, 33, dari Newcastle, akan mengumpul maklumat mengenai individu sasaran dari laman rangkaian sosial untuk berjaya melepasi soalan keselamatan dan mencuri wang untuk membiayai tabiat buruk ketagihan judinya.

Selepas mengaku bersalah terhadap tujuh tuduhan penipuan, Wood telah dipenjara selama 15 bulan untuk kesalahan yang berlangsung antara Jun 2008 dan Jun 2009.

Penipu akan menghubungi pusat khidmat pelanggan dan berkata dia tidak ingat kata laluan. Neil Pallister dari pihak pendakwaan berkata: "Dia akan ditanya soalan keselamatan seperti tarikh lahir dan nama ibu dan dia mampu untuk memberikan maklumat yang betul dalam beberapa kes.

"Dia akan berkawan dengan orang-orang di Facebook dan mendapat nama pengguna mereka(usernames) dan kemudian dia akan cuba pada laman web bank mangsanya, atas dasar orang tersebut menggunakan kata laluan yang sama."

Encik Wood dapat menipu sistem selama dua tahun sehingga dia menjadi leka dan mula memindahkan wang daripada akaun satu jirannya dan terus ke dalam sendiri.

Penipuan rumit beliau digagalkan apabila salah satu mangsa melaporkan kepada pihak polis kerana gagal mengeluarkan £1,500 dari akaunnya sendiri.

Hakim Guy Whitburn, di Newcastle Crown Court, berkata: "Ini adalah kali pertama saya telah mengadili satu kes penipuan yang canggih, sangat terancang, kompleks dan bijak."

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX