LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday, 24 August 2011

Widgets

CAN WE APPLY?

24 Ogos, 2011 15:42 PM

RM1.4 Bilion Diperuntukkan Bantu 500,000 Golongan Memerlukan, Kata PM

PUTRAJAYA, 24 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebanyak RM1.4 bilion diperuntukkan bagi membantu kira-kira 500,000 penerima bantuan kebajikan masyarakat melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA). Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bantuan yang akan diberikan pada setiap bulan itu bagi membantu kumpulan sasar yang antaranya terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal, dan kini termasuk balu askar dan polis.
Katanya langkah itu bagi memastikan golongan tersebut tidak terus berada dalam keadaan terpinggir dan terbiar dalam masyarakat. "Dalam kemelut ekonomi dunia, kita lihat ada ekonomi negara tertentu yang bukan sahaja tidak menentu tetapi menguncup, ada juga negara yang pencen orang bersara terpaksa dipotong dan bantuan kebajikan terpaksa dikurangkan. "Tetapi Alhamdulillah (di) Malaysia bukan sahaja kita dapat meneruskan program ini malah dapat menambah lagi jumlah peruntukan untuk rakyat dan untuk mereka yang amat memerlukan," katanya ketika melancarkan program tersebut di pejabatnya di sini, pada Rabu.



Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Peruntukan itu merangkumi bantuan untuk golongan kanak-kanak sebanyak RM290 juta, orang kurang upaya (RM332 juta), warga emas (RM455 juta) dan membiayai program-program kemasyarakatan di peringkat komuniti (RM303 juta). Di bawah program ini juga, satu kategori baru bantuan kewangan diperkenalkan bagi balu anggota tentera dan polis yang layak, melibatkan peruntukan sebanyak RM4.1 juta.
Perdana Menteri berkata kerajaan telah mengambil keputusan bahawa golongan ini perlu dibantu kerana untuk menegakkan satu daripada prinsip yang amat penting daripada segi falsafah negara dan satu daripada tiang utama daripada Gagasan 1Malaysia iaitu menegakkan keadilan sosial.
"Kumpulan seperti orang kurang upaya, warga emas, ibu tunggal dan kini balu anggota tentera dan polis, mereka ini merupakan kelompok yang besar dalam masyarakat kita yang jika tidak ada campurtangan kerajaan dalam program yang tersusun rapi, mereka akan terus berada dalam keadaan terpinggir dan terbiar dalam masyarakat kita. "Dan kita akan gagal untuk menegakkan keadilan sosial. Jadi, saya berbangga program ini akan dilaksanakan," kata Najib.



Najib berharap program tersebut dapat berjalan dengan berkesan dengan jumlah peruntukan yang besar itu. Katanya mereka yang menerima bantuan bukan sahaja akan menerima bantuan kewangan bulanan daripada kerajaan tetapi turut akan diberi semangat, ilmu dan kemahiran baru supaya dapat menyumbang bagi masa depan mereka dan juga masa depan negara. "Saya amat tertarik dengan jenama KAR1SMA, jadi kerja kebajikan yang tidak dianggap begitu glamor sebelum ini, sekarang glamor dengan akronim tersebut. "Jadi, dengan adanya branding (penjenamaan) baru, maka kita akan lebih bersemangat untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang amat memerlukan bantuan daripada kerajaan," katanya.
Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atas usaha menggilap semula dan memberi nafas baru terhadap program tersebut serta memperluaskan lagi kumpulan sasarnya untuk memastikan tiada kelompok rakyat yang tercicir daripada menikmati faedah pembangunan dan kemakmuran negara.


Sumber Berita = BERNAMA.

Sejak WDB mendapat RM20,000 untuk program berbasikal, mata aku asyik terpandang berita2 'bantuan' je. Bukannnya apa, manalah tau, kot2 ada kawan2 yang berhajat memperkembangan sukan berbasikal dan tak cukup budget. So, kalau ada insan2 yang tak bernasib baik dan mengalami kesempitan dalam hidup, jika kita tak dapat membantu dengan RM kita, mungkin kita boleh membantu mereka dengan menolong mereka mendapatkan bantuan daripada RM kerajaan. OK, setakat ini dulu. Bertolong-tolongan kita dalam perkara kebaikan, dan janganlah kita bertolong-tolongan dalam perkara munkar.




Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX