LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Sunday 21 August 2011

Widgets

7 PERKARA



7 Perkara Membuktikan Kita Takut Kepada Allah SWT...

Abu Al-Laits rhm pernah berkata “ Sifat takut kepada Allah SWT terbukti dengan 7 perkara :


1- Menjaga lidah daripada dusta, mengumpat dan berbicara yang sia-sia dan haram. Lalu digunakan untuk berzikir kepada Allah SWT , membaca Al-Quran dan mempelajari ilmu.


2- Menjaga perut dengan cara tidak makan kecuali yang halal dan sekadar hajat sahaja. ( Yakin tidak berlebihan ).


3- Menjaga penglihatan, dengan cara tidak melihat yang haram dan tidak lihat dunia ini kecuali sekadar untuk peringatan.


4- Menjaga tangan daripada maksiat dan menggunakannya untuk taat kepada Allah SWT semata-mata.


5- Menjaga kaki daripada maksiat dan daripada melangkah ke tempat yang tidak diredhai Allah SWT.


6- Menjaga hati dengan cara membersihkannya daripada perasaan hasad dengki, iri hati dan sebagainya, kemudian diisi perasaan dengan kasih sayang kepada sesama muslim.


7- Menjaga amalan taatnya, supaya ia benar-benar tulus ikhlas kepada Allah SWT dan selamat daripada riya’ dan nifaq.


Rujukan : Syarah Al-Hikam, Jilid 2, m/s : 218.


Sebenarnya tiada yang susah dalam Islam. Yang susahnya apabila Islam semakin terhakis daripada kehidupan kita. Semoga peringatan ini dapat menghidupkan hati sanubari kita yang sudah hampir layu. Dan lagi satu, bagaimanakah untuk memperolehi sifat2 di atas? Yang pasti ia bukan sekadar belajar di masjid, surau ataupun madrasah...
Terimakasih kepada sahabat Facebookku, MTD KOTA LAMA yang sanggup berkongsi ilmu bermanfaat ini untuk tatapan semua pembaca.





Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX