LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Tuesday 16 August 2011

Widgets

TENTANG PERBEZAAN PENDAPAT





Imam Muslim(no 3317) meriwayatkan bahawa setelah selesai Peperangan Ahzab, Rasulullah SAW mengemukakan arahan kepada para sahabat dengan bersabda yang bermaksud "Janganlah sesiapapun solat Zuhur(dalam riwayat Imam Al-Bukhari menyebut solat Asar) melainkan di perkampungan Bani Quraizah."

Dalam perjalanan menuju ke tempat tersebut, apabila masuk waktu Zohor : Sebahagian para sahabat berpegangan dengan makna zahir ungkapan Baginda, iaitu tidak menunaikan solat melainkan apabila tiba di perkampungan Bani Quraizah walaupun waktu Zohor telah berakhir.

Sebahagian lagi terus menunaikan solat Zohor apabila masuk waktunya. Mereka berhujah bahawa maksud Rasulullah SAW mengarahkan demikian supaya mereka bergerak dengan cepat sehingga sempat sampai ke perkampungan Bani Quraizah sebelum masuk waktu Asar. Mereka menyimpulkan makna tersirat daripada arahan Baginda.

Perkara yang menarik daripada peristiwa ini ialah apabila diberitahu kepada Baginda tentang ijtihad kedua-dua kumpulan sahabat tersebut, Rasulullah SAW mengikrar dan tidak menyalahkan mana2 golongan. Kedua-dua mempunyai hujah masing2 berdasarkan kefahaman daripada satu nas. Malah apa yang lebih penting ialah masalah itu selesai di situ sahaja dan tidak berlanjutan. Para sahabat kekal berkasih sayang tanpa menyambung kembali penghujahan mereka lantas memberi keutamaan untuk fokus kepada musuh sebenar yang lebih berbahaya dan besar ancamannya iaitu Yahudi Bani Quraizah.

Contoh yang kedua ialah : Abu Said Al-Khudri yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: "Kami pernah menyertai Rasulullah SAW dalam satu peperangan yang berlaku pada bulan Ramadhan. Ada daripada kalangan kami yang berpuasa sepanjang bermusafir dan ada juga yang berbuka. Tiada seorang pun daripada kalangan sahabat yang berbuka mengutuk sahabat yang meneruskan puasanya dan tiada seorang pun daripada yang berpuasa mengutuk sahabat yang berbuka. Masing2 berpandangan bahawa sesiapa yang mampu untuk meneruskan berpuasa adalah baik. Demikian pula yang tidak mampu, boleh berbuka dan ia juga satu keharusan dalam agama?" (Riwayat Muslim no 1882)

Alangkah indahnya sekiranya umat Islam berbaik sangka terhadap saudaranya yang berbeza pendapat dengannya, dan bergerak dalam satu pakatan berhadapan dengan musuh utama agama kita iaitu Yahudi, Nasrani dan tali barut mereka yang bertopengkan Muslim. Tepuk dada, tanyalah iman dan berusahalah ke arah memperolehi hidayat dari Allah SWT.

Kepada setiap pemimpin dan penyokong parti2 politik, semoga Allah SWT memberi hidayat kepada kita semua..... Ada kalanya, kemenangan itu bukan diukur dari berapa banyak majoriti yang anda menangi, tapi kemenangan di sisi Allah SWT dan RasulNya SAW ialah bilamana komuniti umat Islam saling berkasih sayang antara satu sama lain....

Artikel di atas aku ambil dari Majalah SOLUSI keluaran 33. Satu majalah yang amat baik dengan kandungannya merangkumi setiap peringkat usia. Majalah yang sangat berbaloi untuk anda dan memberi manfaat melebihi dari apa yang telah anda bayar.




Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX