LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Saturday, 27 August 2011

Widgets

MASIH ADA MASA/STILL HAVE TIME?


Hadrat Ubadah Bin Samit ra telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang Lailatulqadar. Lalu Baginda bersabda : “Lailatulqadar berlaku dalam bulan Ramadhan pada sepuluh yang akhir. Sesungguhnya Lailatulqadar berlaku pada malam-malam yang ganjil, pada malam ke 21, 23, 25, 27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan. Sesiapa yang bangun beribadat pada malam-malam itu dengan iman dan niat untuk mendapatkan ganjaran, semuanya dosanya yang terdahulu akan diampunkan. Antara tanda-tanda Lailatulqadar ialah keadaan terang dengan langit yang bersih, tenang lagi sunyi, tidaklah terlalu panas dan tidaklah terlalu sejuk. Seolah-olah bulan sedang memancar(kerana banyak nur keruhanian). Bintang-bintang tidak digunakan untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga ke pagi. Antara tanda-tanda Lailatulqadar lagi ialah sesungguhnya matahari akan terbit keesokkan paginya tanpa cahaya yang bersinar kuat. Matahari terbit dalam bentuk satu bulatan yang rata seperti bulan purnama. Allah SWT telah mengharamkan syaitan keluar bersama matahari pada hari itu(sebaliknya pada hari-hari yang lain syaitan akan muncul di tempat matahari terbit)

Keterangan

Perkara yang tersebut di awal hadis ini telahpun dinyatakan dalam hadis yang terdahulu. Pada akhir hadis dinyatakan beberapa tanda Lailatulqadar dengan sungguh jelas dan tidak perlu kepada sebarang penjelasan lagi. Selain itu, ada lagi beberapa tanda yang dinyatakan dalam riwayat-riwayat dan juga disebutkan oleh mereka yang pernah mengalami malam tersebut khasnya apabila matahari terbit pada pagi hari itu, matahari akan terbit tanpa sinaran yang memancar kuat. Tanda ini banyak dinyatakan dalam hadis-hadis dan sentiasa ditemui. Selain itu, ada lagi beberapa tanda, tetapi tanda-anda ini tidaklah semestinya berlaku. Hadrah Abdah bin Abi Lubabah ra berkata : “Saya telah merasai air laut pada malam ke 27 Ramadhan dan sesungguhnya saya telah mendapati air laut itu betul-betul tawar.” Hatrat Ayyub bin Khalid rah. pula berkata: “Sayaterpaksa mandi pada satu malam. Saya telah mandi dengan air laut lalu mendapati air itu tawar. Kisah ini berlaku pada malam yang ke 27.” Para masyaikh menulis bahawa pada malam Lailatulqadar semua benda akan bersujud. Sehingga pokok pun akan rebah ke bumi dan kemudian akan bangun ke kedudukan asal kembali. Walau bagaimanapun, perkara-perkara sebegini adalah berkaitan dengan kasyaf dan tidak dapat disedari oleh semua orang.

Dipetik dari Fadhilat Ramadhan(buku di bawah)


Selagi lemang tak dimakan pada siang hari, selagi itulah pemburuan malam Lailatulqadar mesti diteruskan.... Peringatan untukku dan rakan-rakan sekelian, perjalanan kita ke syurga masih ada peluang...(Please share, kebaikan/pahala dengan satu klik. tkbb)




Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX