LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Thursday 25 August 2011

Widgets

SEVEN COLOUR CRYSTAL BALL

25 Ogos, 2011 16:13 PM

Larangan Membekal, Menjual Seven Colour Crystal Ball Mulai Esok - Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 25 Ogos (Bernama) -- Kerajaan melarang pembekalan atau penjualan "seeds growing kits" yang dikenali sebagai Seven Colour Crystal Ball (SCCB) di pasaran atau barangan seumpamanya berkuatkuasa esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berhubung beberapa kes pembedahan besar melibatkan kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun, dipercayai akibat tertelan SCCB.


SCCB yang turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil serta berwarna-warni digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau sebagai hiasan dalam pasu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak tujuh pembedahan dilakukan di HKL dan satu kes di HUKM sejak April sehingga kini dengan kes terbaru di HKL melibatkan kanak-kanak 12 bulan yang dibedah pada Selasa lepas.

Katanya berdasarkan laporan pembedahan, HKL mendapati barangan seumpama itu boleh menyebabkan usus kanak-kanak tersumbat kerana saiznya yang kecil dan mudah ditelan. Menurutnya kanak-kanak yang tertelan SCCB akan mengalami simptom dan implikasi seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat serta usus bocor.


"Mereka (kanak-kanak) mungkin menganggapnya sebagai makanan. Saiz asal SCCB kurang daripada 0.5 cm. Apabila dimasukkan dalam air, ia mengembang lima ke enam kali ganda daripada saiz asalnya yang berbentuk seperti jelly rubber ball," kata Ismail Sabri.

Sehubungan itu kementerian akan meneruskan pemantauan dan memberi khidmat nasihat kepada pihak industri supaya menarik balik barangan itu daripada pasaran serta membuat pelupusan dengan cara selamat, selain bekerjasama dengan Kastam Diraja Malaysia bagi memastikan larangan import bagi SCCB dan seumpamanya dilaksanakan, katanya.

"Mereka yang masih menjual barang ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna yang boleh didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak lagi menggunakan SCCB supaya kes kanak-kanak tertelan barangan itu pada masa akan datang tidak berulang.


Ismail Sabri berkata selain Malaysia, Poland dan Itali turut melarang pembekalan dan penjualan SCCB sejak tahun lepas, manakala Filipina pula mengeluarkan amaran berjaga-jaga.

Sumber berita = BERNAMA

Harap2, disamping meraikan hari yang penuh gembira, tiada kejadian buruk menimpa kita. Amin....





Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX