LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday 17 August 2011

Widgets

AL FATIHAH





Lazimnya kita sudah mengetahui tentang surah pertama dalam Al-Quran, surah Al-Fatihah. Surah yang dibaca 17 kali dalam setiap rakaat sembahyang. Itupun tak termasuk dengan solat sunat yang kita kerjakan. Selain dari itu, kita turut membacanya sebagai sedekah kepada jenazah. Dan surah ini mempunyai terlalu banyak fadhilatnya. Yang mampu ku kongsi hanyalah sebahagian daripadanya di bawah:

Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas ra, beliau berkata: "Ketika malaikat Jibrail as sedang duduk bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba terdengar suara pintu dibuka di atasnya. Jibrail as kemudian mendongak ke langit dan berkata: "Itulah suara pintu langit dibuka dan sebelumnya tidak pernah dibuka sama sekali melainkan pada hari ini." Lalu turun satu malaikat dari pintu tersebut yang mana malaikat itu tidak pernah turun melainkan pada hari ini.

"Maka ia menemui Nabi SAW dan berkata: "Hendaklah engkau bergembira dengan 2 cahaya yang diberikan kepadamu, yang tidak pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelummu, iaitu surah Al Fatihah dan beberapa ayat pada akhir surah Al Baqarah. Tidaklah engkau membaca satu huruf pun daripada kedua-duanya, melainkan apa yang engkau pohon pasti akan dimakbulkan oleh Allah SWT."

Dipetik dari majalah kegemaranku iaitu SOLUSI. Pada harga hanya RM9.00 dan memiliki 110 mukasurat, aku kita manfaatnya amat besar berbanding harga. Ye la, kalau difotostat sekalipun, dah RM11(sekeping 10sen). Betul tak? Jom dapatkan di toko2 buku.




Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX