Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Umatku diberi oleh Allah SWT setiap bulan Ramadhan 5 perkara yang tidak diberikan kepada umat2 yang sebelumnya; 1)Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah SWT dari bau kasturi 2)Malaikat meminta ampun untuk orang yang berpuasa hingga berbuka 3) Syaitan dibelenggu sehingga mereka tidak berleluasa sebagaimana biasanya(di luar bulan Ramadhan) 4)Allah SWT menghias syurga setiap hari dan berfirman "Hampir hampir masanya hambaKU yang soleh bebas dari keberatan dan gangguan dan mereka akan kembali kepadamu 5)Allah SWT mengampuni mereka pada akhir malam Ramadhan. Rasulullah SAW ditanya, "Adakah itu Lailatul Qadar?" Jawab Baginda, "Bukan, tetapi seorang pekerja akan diberi upahnya apabila dia telah selesai pekerjaannya"
Hadis ini dipetik dari kitab di atas, berharga RM45(sebelum diskaun). Aku dulu pernah memiliki kitab ini(cetakan lama) yang ditulis dalam bahasa Indonesia dan agak mengelirukan. Alhamdulillah, Pustaka Jiwa(cetakan 2010) mengambil inisiatif menerbitkan buku ini mengikut terjemahan Bahasa Melayu(simpan resit belian untuk potongan cukai) Elok disimpan sebagai bahan bacaan di rumah kita. Hadis ini sebagai panduan umum sahaja. Untuk huraian keterangan lebih jelas, eloklah kita mempelajarinya dari ustaz yang muktabar, yang menghurai bukan sekadar dari pandangannya sendiri, tetapi merujuk kepada kitab-kitab dari ulama-ulama soleh terdahulu. Wallahu'alam.