LET YOUR BODY

Loving the new #MYLevisREVEL jeans! They fit perfectly and lengthen and lift my natural curves too

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

NESCAFE

Follow @NescafeMalaysia now guys! You could win prizes from #StartwithNESCAFE up till 17 Oct

LATEST PROMO ABOUT PETROSAINS

Think science is no fun? Bring your family along, learn and have fun at the Petrosains Science Festival 2013, from 22-27 October at the Discovery Centre and Suria KLCC. The way we do it, science rocks!

LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday, 30 September 2011

TERBABAS








KUANTAN, 30 Sept -- REMPUHAN ... Seorang penduduk melihat kereta Produa Myvi selepas terbabas lalu merempuh dua buah rumah di kampung Tanjung Lumpur dekat sini, hari ini. Pemandu yang mahu dikenali sebagai Rais,30, terpaksa mengelak daripada melanggar seorang pelintas jalan sewaktu beliau dalam perjalanan ke Yayasan Pahang dari bandar Kuantan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam tiga petang itu...--foto/informasi sumbangan BERNAMA. Berhati-hati semasa memandu. Kemalangan datang tanpa diduga.

SHAPE YOUR BODY





PLAN SLIM/KURUSKAN BADAN

Satu hari, seorang pemuda gemuk telah mengunjungi satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan menguruskan badan. Sebagai langkah pertama, dia mendaftarkan diri dalam program "5hari,5kg", bermaksud dalam tempoh 5 hari pemuda tersebut akan pasti kehilangan 5kg. Huh! pasti kurus bro.
Pada keesokan paginya, pintu rumah pemuda tersebut diketuk dan apabila dia membukanya.., WOW! seorang gadis atlit seksi yang tidak memakai apa-apa kecuali stokin, kasut Nike dan papan tanda di lehernya yang tertulis "Jika anda boleh mengejar saya, anda boleh memiliki saya"
Apa ditunggu lagi, pemuda gemuk tersebut terus mengejar gadis atlit tersebut dan selepas beberapa km, pemuda gemuk tersebut mengaku kalah. 4 hari berikutnya dilalui dengan perkara yang sama. Gadis atlit seksi, kejar, dan dia gagal mendapatkan gadis tersebut.
Pada hari ke-6, dia menimbang dan mendapati beratnya berkurangan 5kg sepertimana dijanjikan oleh syarikat tersebut.
Puas hati dengan program tersebut, dia mengunjungi company itu lagi dan melanggan program "5 hari, 10kg" pula.



Esok, apabila membuka pintu. Seorang gadis yang begitu cantik. Tak pernah dia melihat gadia sebegitu cantik sepanjang hidupnya. Hanya berstokin, berkasut Reebok dan papan tanda kecil terikat di lehernya "Jika anda boleh menangkap saya, tentunya anda boleh memiliki saya". Terus dikejarnya gadis itu sekuat hatinya. Gadis tersebut, dah le cantik, laju pulak. Malangnya, nasib tak menyebelahi pemuda tersebut. Masih gagal menangkap gadis tersebut. 4 hari berlalu, perkara sama berlaku. Pemuda tersebut masih gagal menangkap gadis tersebut. Cuma bentuk badan pemuda tersebut bertambah ramping dan tak lagi gemuk. Dan selepas 5 hari, pemuda tersebut kehilangan 10kg, seperti yang dijanjikan oleh syarikat tersebut. Huh!!. Naik basikal pun tak boleh turun kg macam ni.
Walaupun sudah memiliki berat yang baik. Pemuda tersebut masih ingin menurunkan berat badannya. Kali ini dia mendaftar untuk program "7 hari,20kg", program paling 'ekstrim' yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.
"Betul ke tuan ingin menyertai program ini?" tanya pegawai syarikat tersebut untuk kepastian. "Tentu sekali. Saya semakin kelihatan hebat sejak menyertai program syarikat tuan," jawab pemuda tersebut dengan penuh keyakinan(dan tentunya membayangkan keseronokan mengejar gadis seksi impiannya pada keesokan paginya)
Pada pagi esok, seperti selalu. Pintu rumahnya diketuk. Dengan penuh semangat dan persediaan, pemuda tersebut membuka pintu rumahnya. HAH!!!! Terkejut besar pemuda tersebut. Kenapa? Kawan2 nak tahu kenapa? Di sisi pintu rumahnya berdiri seorang pemuda gagah yang berotot kental di seluruh tubuh badannya. Bogel. Hanya memakai stokin, kasut berlari/rinning shoe dan dilehernya tergantung papan tanda " Jika saya dapat menangkap anda, anda akan jadi milik saya!!!"
Aku tak nak komen apa yang berlaku pada pemuda tersebut. Saya biarkan anda menulis komen di ruangan komen di bawah. Cuma pemuda tersebut kehilangan 19.80kg selepas seminggu. Hahahahha....

KENA BAHAM AKIBAT.......


Sempat diselamatkan oleh pengunjung pantai. Kalau tidak mati tak bernisan le jawabnya

Degil!!! Perkataan paling sesuai. Seorang rakyat British, Michael Cohen, 42 tahun, pasti menyesal seumur hidup kerana terpaksa menghabiskan sisa kehidupan dengan kaki palsu, akibat kaki original dah jadi habuan ikan jerung putih.
Masalahnya, si mamat degil ni dah pun diberi amaran dah tentang kehadiran 3 ekor ikan jerung putih. Pantai tu pun dah dinaikkan bendera amaran tentang kehadiran jerung. Tak cukup dengan itu, dia telah diberi amaran oleh 2 pengunjung pantai tentang kehadiran jerung.
Alison Kock pula berkata, dalam minggu ni pantai tersebut kerap dilawati jerung sehingga hanya 1 meter dari gigi pantai.


Boleh le naik helicopter free. Tapi buat apa...

Si mamat ni pun pernah berkata "Jika jerung menyerang saya, salahkan saya, bukan jerung" Nah! Kali ni hang tau le.


Destinasi : Hospital

Cuma menurut beritanya, Cohen ni pulak ada sakit kencing manis/diabetis. Hmm..faham2 la kan. Dan lagi satu info, Januari tahun lalu, Lloyd Skinner, 37 tahun, dah mati di pantai ni akibat dibaham jerung putih, di pantai yang sama. Takdir? Anda lebih memahaminya....
Ops, lupa nak cakap. Kejadian ni berlaku di pantai Afrika Selatan, negara paling terkenal kerana Apatheidnya, dan keindahan pantainya. Cuma banyak jerung putih. Detail, cuba tengok National Geographic di Astro. Kebanyakan cerita jerung putih dirakam di pantai Afrika Selatan.
Moral of the story : Beri perhatian dalam setiap peringatan orang, kawan mahupun yang tak dikenali. Jom tengok video klip pulak.

PENCINTA HAIWAN NO WAHID




Diktator yang memerintah Korea Utara rupa-rupanya seorang pencinta haiwan, sanggup berbelanja £120,000 setahun hanya untuk mengeyangkan anjing-anjingnya, di kalangan suku dari rakyatnya menghadapi kekurangan makanan yang serious dan satu per tiga dari kanak-kanak bawah 5 tahun Korea Utara mengalami kekurangan zat makanan.
Maklumat ini diceritakan sendiri oleh Yoon Sang Hyun, salah seorang ahli Grand National Party yang terkejut dengan satu laporan yang dibentangkan di Parlimen negara tesebut.
Ada lagi? Ada lagi. Diktator ini turut mengimport beberapa ekor kuda dari Russia dan 10 jet ski untuk anak dan kenalan rapatnya, serta 600 botol wine bermutu tinggi dari Perancis. Sekalipun dikenakan sekatan, barangan import mudah diperolehi melalui pintu sempadan China & Russia. Oooo! Patut le China kawan baik dengan Korea Utara. Ada masyuk rupanya.
Kalaulah Kim Jong-il ni perintah Malaysia....Huh! Rasanya tak bergerak pemimpin pembangkang, dikurung dalam 'penjara berdiri'seluas hanya 20inciX20inci. Kita sebagai rakyat dapat apa? Naik bas atau basikal lah kita ke tempat kerja. Kereta? Jangan harap le.

IKAN BESAR TERJUNAM DALAM LAUT?



BUTTERWORTH, 29 Sept -- Sebuah kereta jenis Proton Wira yang dinaiki lima mangsa dibawa naik selepas dipercayai terjunam ke dalam laut awal pagi tadi di Pelabuhan Pulau Pinang Dermaga Dalam di sini, hari ini...Empat daripada mangsa tersebut berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih hilang...-- foto/informasi dari BERNAMA


BUTTERWORTH, 29 Sept -- Sebuah kereta jenis Proton Wira yang dinaiki lima mangsa dibawa naik selepas dipercayai terjunam ke dalam laut awal pagi tadi di Pelabuhan Pulau Pinang Dermaga Dalam di sini, hari ini...Empat daripada mangsa tersebut berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih hilang...-- foto/informasi dari BERNAMA (2011)



BUTTERWORTH, 29 Sept -- Sebuah kereta jenis Proton Wira yang dinaiki lima mangsa dibawa naik selepas dipercayai terjunam ke dalam laut awal pagi tadi di Pelabuhan Pulau Pinang Dermaga Dalam di sini, hari ini...Empat daripada mangsa tersebut berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih hilang...-- foto/informasi dari BERNAMA

LORI OH LORI



GEORGE TOWN, 29 Sept -- Sebuah lori sarat dengan muatan pasir merempuh sebuah kedai pemborong ais krim di Jalan Sungai Pinang di sini, hari ini...Lori berkenaan dari Jalan Perak yang dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tiang batu kedai berkenaan...Dalam kejadian tersebut tiada sebarang kecederaan dilaporkan...-- foto/Informasi dari BERNAMA



GEORGE TOWN, 29 Sept -- Beberapa orang cuba mengalihkan batu konkrit kedai pemborong ais krim yang pecah akibat dirempuh oleh sebuah lori sarat dengan muatan pasir di Jalan Sungai Pinang di sini, hari ini...Lori berkenaan dari Jalan Perak yang dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tiang batu kedai berkenaan...Dalam kejadian tersebut tiada sebarang kecederaan dilaporkan...-- foto/informasi dari BERNAMA



GEORGE TOWN, 29 Sept -- Sebuah lori sarat dengan muatan pasir merempuh sebuah kedai pemborong ais krim di Jalan Sungai Pinang di sini, hari ini...Lori berkenaan dari Jalan Perak yang dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tiang batu kedai berkenaan...Dalam kejadian tersebut tiada sebarang kecederaan dilaporkan...-- foto/informasi dari BERNAMA

FROM SABAH TO KL



KUALA LUMPUR, 29 Sept -- Timbalan Presiden Malaysian National Cycling Federation, Datuk Naim Mohamad (tiga, kiri) beramah mesra dengan pelumba basikal negara iaitu Falanie Ali (kiri), Mohammad Adiq Husaini Othman (dua, kiri) dan Anuar Manan (bawah) pada sidang media di sini, hari ini...Turut sama Pengarah OCBC Bank Jeffrey Chew, Pengarah Eksekutif Kenny Heights Datuk Jeff Yap, Pengarah Pemasaran Spectrum Worldwide Angus Gordon...Lebih daripada 100 pelumba basikal Malaysia akan menyertai OCBC Cycle Malaysia's Kenny Heights Utimate City Race...Pertandingan OCBC Cycle Malaysia's Kenny Heights Utimate City Race akan diadakan pada 14 hingga 16 Oktober bertempat di Dataran Merdeka...--foto/informasi dari BERNAMA


29 September, 2011 21:56 PM


Pusingan Kelima GPBerbasikal Kebangsaan Akan Di Bawa Ke Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Kejohanan Lumba Basikal Grand Prix (GP) Kebangsaan Sirkit 5 yang sepatutnya diadakan di Sabah pada Oktober ini akan diubah ke Kuala Lumpur sempena perlumbaan OCBC Cycle Malaysia yang akan diadakan pada 14 hingga 16 Okt.

"Kita telah membuat keputusan untuk memindahkan venue kejohanan ke Kuala Lumpur, ia akan melibatkan semua pelumba dari seluruh negara.

"Untuk perlumbaan itu, Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur akan menjadi penganjur bersama dengan Kenny Heights (penganjur OCBC Cycle Malaysia)," kata naib presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad.

Katanya perlumbaan kriterium yang diadakan dalam penganjuran OCBC Cycle Malaysia itu akan digunakan oleh pelumba-pelumba untuk memungut mata bagi ranking dalam Sirkit GP Kebangsaan.

Acara berbasikal OCBC Cycle Malaysia itu melibatkan beberapa kategori -- Tunggangan Komuniti sejauh 24km, Basikal Roda Tiga 100m bagi kanak-kanak berusia antara dua dan lima tahun dan Perlumbaan Kanak-kanak Mighty Savers 4km (berusia antara 6 dan 12 tahun) serta The Challenge sejauh 52km dan acara jemputan Kenny Heights Ultimate City Race.

Perlumbaan akan dilepaskan dari Dataran Merdeka dan akan membawa peserta melalui jalan-jalan berhampiran seperti Lebuh Pasar Besar, Jalan Mahkamah Persekutuan, Jalan Raja Laut dan Jalan Raja.

Naim berkata perlumbaan itu tidak akan melibatkan pelumba-pelumba kebangsaan yang terpilih untuk mewakili negara ke Sukan SEA.

"Ini adalah kerana pada masa yang sama, mereka akan mengadakan latihan fasa akhir di Chiang Mai, Thailand sebelum berangkat ke Jakarta untuk menghadapi Sukan SEA," katanya.

Sementara itu, pengajur acara OCBC Cycle Malaysia, Spectrum Worldwide menyasarkan kira-kira 3,000 peserta pada acara yang julung kali diadakan itu.

"Acara itu akan menghimpunkan pelumba berpengalaman daripada pelbagai peringkat umur. Menyaksikan pelumba-pelumba Malaysia di jalan-jalan di Kuala Lumpur adalah satu pengalaman yang menyeronokkan dan satu tarikan kepada program OCBC Cycle.

"Acara jemputan Kenny Heights Ultimate City Race pastinya akan menyemarakkan lagi program ini di kalangan pelumba-pelumba tempatan," kata Pengarah Komersil, Angus Gordon.

Sumber informasi dari BERNAMA

Thursday, 29 September 2011

30SEP2011 >> GOHEK! @ PESTA KONVO UMT



Mungkin sebahagian dari acara pemanas badan sebelum jamboree UMT berlangsung.

Masa
30hb September · 8.00 pagi - 12.00 ptg

Lokasi
Universiti Malaysia Terengganu

Dianjurkan Oleh:

Maklumat Lanjut
TERBUKA UNTUK SEMUA.

SEMUA DI JEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN ACARA


8:30 am - 9:00am : Pendaftaran & Taklimat

9:00 am - 10:00am : Konvoi Basikal Sekitar UMT

10:00am - 10:15am : Rehat (Minum Pagi)

10:15am - 11:15am : Trackstand Fixed Gear & Pertandingan Basikal Lambat ( Terbuka Kepada Pelajar UMT )

11:15am - 11:45am : Pameran Fixie Bike

11:45am - 12:00pm : Penyampain Hadiah & Cenderamata




"BRING YOUR BIKE, BRING YOUR FRIENDS"

Pautan FACEBOOK

18DIS2011 >> KAYUHAN VIVA 2011




KAYUHAN VIVA - PENCARIAN 5000 RIDER SELURUH NEGARA

[OFFICIAL WEB]

Satu lagi berita gembira untuk penggemar2 aktiviti berbasikal. Jom kita tengok. Jom kita join.

Masa
18hb Disember · 7.00 pagi - 2.00 ptg

Lokasi
LADANG SAWIT PLENTONG ESTATE
JALAN BUNGA MATAHARI
Plentong, Malaysia

Dianjurkan Oleh:

Maklumat Lanjut
KAYUHAN VIVA 50 KM - PENCARIAN 5000 RIDER SELURUH NUSANTARA

ANJURAN SKUAD RONDA & RIADAH IPD JBS,
PROGRAM JAMBORE MTB 50 KM.
LOKASI TREK LADANG SAWIT DAN GETAH PLENTONG.
YURAN PENYERTAAN RM 50.00 / SD 25.00
CABUTAN PERDANA NO PASPORT BERTUAH SEBUAH M/KAR VIVA 1000CC
CABUTAN NO PASPORT BERTUAH
2- M/SIKAL DEMAK
3 -BASIKAL MTB

SOKONGAN :
- KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
- KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
- POLIS DIRAJA MALAYSIA
- KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA
- JABATAN PERPADUAN NEGARA
- KETUA - KETUA PEMIMPIN MASYARAKAT
- YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH
- MAJLIS KERAJAAN TEMPATAN

MAKLUMAT SELANJUTNYA AKAN DIMAKLUMKAN DARI SEMASA KESEMASA...

[FACEBOOK EVENT LINK]

UPDATES:

1 - PROGRAM jamboree MTB 50 KM.
2 - Cycling FIXEE AND ROAD BIKE.
3 - SPORTS PEOPLE
4 - EXPO
5 - Recreation

LOCATION: -

FIELD OF PUBLIC URBAN-Onn
-CIRCUIT TREK BICYCLE FIXEE
-TRACK AND RUBBER PLANTATION PALM CITY Tebrau Dato 'Onn and Johor Land.
ON-TRACK DATO ONN ROAD TOWN, BEAUTIFUL GARDEN FORCE AND MIGRATION.

ENTRY FEES: -

- FOR MTB AND ROAD BIKE / FIXEE RM 50.00 / 25.00 SD
LUCKY DRAW A PASSPORT NO PRIME M / KAR PRODUA VIVA.
LUCKY DRAW NO PASSPORT
2 - M / SIKAL Demak
3-MTB BICYCLE
4 - EKSESSORI BICYCLE

SUPPORT:
- MINISTRY OF TOURISM AND CULTURE
- MINISTRY OF YOUTH AND SPORTS
- ROYAL MALAYSIAN POLICE
- STATE SPORTS COUNCIL JOHOR
- MBJB
- COMBINED CLUB RONDA JOHOR Recreation
- Johor Cycling Association
- MINISTRY OF WOMEN AND FAMILY
- DEPARTMENT OF NATIONAL UNITY
- DEPARTMENT OF IMMIGRATION
- DEPARTMENT OF CUSTOMS
- HEAD - HEAD OF COMMUNITY LEADERS
- CRIME PREVENTION FOUNDATION
- COUNCIL LOCAL GOVERNMENT
- LOCAL COMMUNITY
- NGOs
- LOCAL AND INTERNATIONAL MEDIA

** MORE INFORMATION WILL served FROM TIME TO TIME **

CATCH


# # # COMUNITY FOR OUR SAFETY # # #
contact person:-
s/u Mega Ride 012-7503015- Mr. Chow
s/u Ronda Riadah Riadah Johor 019-7720762
s/u fixee & on road ride 019-7789770- Arshata.
chief RR 016-7706577


28OKT2011 >> JERANTUT CYCLEFEST



PautanSatu lagi event berbasikal yang akan menarik minat para penggemar basikal untuk turut serta dalam event bersejarah ni. Masa untuk menguji keserasian mtb-pemiliknya. Jom kayuh...

Masa
23hb Oktober · 6.30 ptg - 9.30 ptg

Lokasi
Dataran Majlis Daerah Jerantut
Bandar Baru Jerantut
Jerantut

Dianjurkan Oleh:

Maklumat Lanjut
Syarat-syarat dan Peraturan :

1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua peminat sukan berbasikal khususnya penduduk di daerah Jerantut dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 12:00pm 23/10/2011.

2. Basikal yang digunakan sebaik-baiknya basikal jenis bergear selain basikal kategori Fixie dan kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah. Semua Basikal yang digunakan hendak mengikut spesifikasi tayar yang ditetapkan pada setiap kategori dan mempunyai brek. Basikal jenis bermotor adalah tidak dibenarkan.

3. Peserta digalakkan memakai "helmet" / topi keledar semasa pertandingan bagi tujuan keselamatan.

4. Seseorang peserta boleh menyertai lebih dari satu acara sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan masa acara tidak bercanggah. Bayaran yuran penyertaan hanya sekali sahaja.
5. Yuran penyertaan adalah seperti dalam jadual. Peserta yang telah berdaftar pada kategori lain dan ingin menyertai kategori Lelaki & Perempuan terbuka perlu membayar RM 10.00 tambahan bagi kategori tersebut.

6. Kategori Pertandingan :

A. Kanak-Kanak ( 6 tahun dan ke bawah ), tayar 16” & <, Yuran RM 1.00, Pusingan : 0, Jarak : 100m.

B. Lelaki Junior A ( 9 tahun dan ke bawah ), tayar 20”, Yuran RM 10.00, Pusingan : 3, Jarak : 2.25km.

C. Lelaki Junior B ( 12 tahun dan ke bawah ), tayar 20”, Yuran RM 10.00, Pusingan : 4, Jarak : 3.00km.

D. Lelaki Junior C ( 16 tahun dan ke bawah ), tayar 26”, Yuran RM 10.00, Pusingan : 4, Jarak : 3.00km.

E. Lelaki Junior D ( 20 tahun dan ke bawah ), tayar 26”, Yuran RM 10.00, Pusingan : 4, Jarak : 3.00km.

F. Wanita Junior ( 16 tahun dan ke bawah ), tayar 26”, Yuran RM 10.00, Pusingan : 4, Jarak : 3.00km.

G. Lelaki Senior ( 35 tahun dan ke atas ), tayar 26”, Yuran RM 10.00, Pusingan : 4, Jarak : 3.00km.

H. Lelaki Veteran ( 45 tahun dan ke atas ), tayar 26”, Yuran RM 10.00, Pusingan : 4, Jarak : 3.00km.

I. Wanita Senior ( 35 tahun dan ke atas ), tayar 26”, Yuran RM 10.00, Pusingan : 4, Jarak : 3.00km.

J. Lelaki Terbuka , tayar 26”, 27” & 29”, Yuran RM 20.00, Pusingan : 5, Jarak : 3.75km.

K. Wanita Terbuka, tayar 26”,27” & 29”, Yuran RM 20.00, Pusingan : 4, Jarak : 3.00km.

L. Fixie Terbuka, tayar 26” & 27”, Yuran RM 10.00, Pusingan : 4, Jarak : 3.00km.

7. Hadiah akan diberikan kepada semua pemenang kategori dari tempat 1 - 5. Semua Peserta akan diberikan sijil penyertaan selepas tamat program.

8. Hadiah-hadiah :

A. Kanak-Kanak : No.1 – No.5 : Hamper

B. Lelaki Junior A : No.1 : RM50, No.2 : RM40, No.3 : RM30, No.4 : RM20, No.5 : RM10

C. Lelaki Junior B : No.1 : RM50, No.2 : RM40, No.3 : RM30, No.4 : RM20, No.5 : RM10

D. Lelaki Junior C : No.1 : RM50, No.2 : RM40, No.3 : RM30, No.4 : RM20, No.5 : RM10

E. Lelaki Junior D : No.1 : RM50, No.2 : RM40, No.3 : RM30, No.4 : RM20, No.5 : RM10

F. Wanita Junior : No.1 : RM50, No.2 : RM40, No.3 : RM30, No.4 : RM20, No.5 : RM10

G. Lelaki Senior : No.1 : RM50, No.2 : RM40, No.3 : RM30, No.4 : RM20, No.5 : RM10

H. Lelaki Veteran : No.1 : RM50, No.2 : RM40, No.3 : RM30, No.4 : RM20, No.5 : RM10

I. Wanita Veteran : No.1 : RM50, No.2 : RM40, No.3 : RM30, No.4 : RM20, No.5 : RM10

J. Lelaki Terbuka : No.1 : RM100, No.2 : RM80, No.3 : RM60, No.4 : RM40, No.5 : RM20

K. Wanita Terbuka : No.1 : RM100, No.2 : RM80, No.3 : RM60, No.4 : RM40, No.5 : RM20

L. Fixie Terbuka : No.1 : RM50, No.2 : RM40, No.3 : RM30, No.4 : RM20, No.5 : RM10

Nota : Pemenang hadiah pertama setiap kategori akan mendapat sebuah BASIKAL tajaan dan hamper selain wang tunai. Pemenang hadiah kedua sehingga kelima akan mendapat hamper selain wang tunai.
9. Semua peserta akan layak untuk cabutan bertuah pada penghujung program. No. bertuah adalah No. peserta masing-masing.

10. Penganjur berhak membatalkan sesuatu acara jika didapati acara tersebut kurang daripada 5 orang peserta.

11. Aturcara Program :

8 : 30 am - 12 : 00 pm : Pendaftaran peserta
9 : 00 am - 11 : 00 am : Pertandingan mewarna kanak-kanak tadika
11 : 30 am - 12 : 00 pm : Kanak-kanak ( 6 tahun dank e bawah )
12 : 00 am - 12 : 30 pm : Penyampaian hadiah kanak-kanak
1 : 00 pm - 2 : 00 pm : Makan tengahari / rehat
2 : 00 pm - 2 : 30 pm : Acara flag off
2 : 30 pm - 2 : 45 pm : Fixie Terbuka
2 : 45 pm - 3 : 00 pm : Junior D – Lelaki ( 20 tahun dan ke bawah )
3 : 00 pm - 3 : 15 pm : Lelaki Senior ( 35 tahun dan ke atas )
3 : 15 pm - 3 : 30 pm : Junior A – Lelaki ( 9 tahun dan ke bawah )
3 : 30 pm - 3 : 45 pm : Wanita Junior ( 16 tahun dan ke bawah )
3 : 45 pm - 4 : 00 pm : Junior B – Lelaki ( 12 tahun dan ke bawah )
4 : 00 pm - 4 : 15 pm : Lelaki Veteran ( 45 tahun dan ke atas )
4 : 15 pm - 4 : 30 pm : Wanita Senior (35 tahun dan ke atas )
4 : 30 pm - 4 : 45 pm : Junior C – Lelaki ( 16 tahun dan ke bawah )
4 : 45 pm - 5 : 00 pm : Wanita Terbuka
5 : 00 pm - 5 : 15 pm : Lelaki Terbuka
5 : 30 pm - 6 : 30 pm : Majlis Penutup, Penyampaian Hadiah & Cabutan bertuah.

12. Semua peserta dikehendaki mengambil nombor peserta masing-masing pada sebelah pagi program jam 9:00 am - 12:00 pm di tempat permulaan ( Dataran Majlis Daerah Jerantut ).

13. Semua peserta digalakkan berada di tempat pertandingan 1 jam lebih awal bagi mengelakkan segala masalah berkaitan penyertaan peserta.
14. Borang penyertaan boleh didapati di alamat dan cara tersebut :
A. Kedai Basikal Hong
No. 3, Bandar Inderapura,
Jalan Zapin,
27000 Jerantut,
Pahang.
Tel : 013-9884778, 2662370

B. Kedai Basikal Yen Soon
S-2, Jalan Tahan,
Bandar Baru,
27000 Jerantut,
Pahang.
Tel : 019-9054393, 2662129

E-mail : enjoycycling@yahoo.com atau SMS E-mail anda ke 012-7711643 untuk borang penyertaan.

15. Segala makluman dan berita terkini mengenai program ini boleh didapati di Facebook : " Kelab Berbasikal Jerantut ".

16. Program ini akan dijalankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Semua keputusan pihak penganjur adalah muktamad.

17. Profil laluan :
Laluan landai di sepanjang jalan dari mula ke tamat dengan 2 selekoh jalan yang mencabar pada setiap pusingan.

Pautan FACEBOOK

MAUT - P1

Semua manusia mengetahui tarikh lahir. Tetapi tiada siapa yang mengetahui tarikh kematiannya. Cuma...bersediakah kita?

Cerita 1 : Kren patah


MELAKA, 29 Sept -- Keadaan kren yang patah (kanan) menyebabkan seorang warga Indonesia, Tasmikin, 24, maut di tempat kejadian selepas terjatuh dari kren semasa menjalankan kerja mengecat bangunan di Kompleks Dataran Pahlawan di sini, hari ini...Kejadian 10 pagi tadi turut menyebabkan seorang lagi mangsa Sutrisno, 34, cedera parah...--sumber foto&informasi dari BERNAMA


MELAKA, 29 Sept -- Anggota polis mengawal tempat kejadian yang menyebabkan seorang warga Indonesia, Tasmikin, 24, maut selepas terjatuh dari kren yang patah semasa menjalankan kerja mengecat bangunan di Kompleks Dataran Pahlawan di sini, hari ini...Kejadian 10 pagi tadi turut menyebabkan seorang lagi mangsa Sutrisno, 34, cedera parah...--sumber foto&informasi dari BERNAMA


MELAKA, 29 Sept -- Sepasukan anggota polis memasukkan mayat seorang warga Indonesia, Tasmikin, 24, ke dalam kenderaan polis untuk dibawa ke Hospital Besar Melaka selepas terjatuh dari kren yang patah semasa menjalankan kerja mengecat bangunan di Kompleks Dataran Pahlawan di sini, hari ini...Kejadian 10 pagi tadi turut menyebabkan seorang lagi mangsa Sutrisno, 34, cedera parah...--sumber foto&informasi dari BERNAMA


Cerita 2 : Kemalangan maut



LUMUT, 29 Sept -- REMUK ... Kereta jenis Produa Kancil yang mengorbankan tiga orang penumpang dalam satu kemalangan ngeri di KM 4, Jalan Seri Manjung-Segari di sini, malam tadi...Dalam kejadian itu, dua lagi penumpang kereta berkenaan mengalami kecederaan parah dan masih dirawat di Hospital Seri Manjung dekat sini...Mangsa yang maut dikenali Roslan Osman, 35, dari Kampung Permatang Raja, Pantai Remis; anak perempuan beliau Puteri Nurul Najwa Roslan, 12, (mati di tempat kejadian) dan anak saudara mangsa, Ainuddin Abd. Wahab, 15...-sumber foto&informasi dari BERNAMA

CERITA BURUNG PIPIT DENGAN SARANGNYA


Seorang pemuda handsome yang sedang mabuk, berjemur di pantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya. Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata, "Abang, apa abang tutup dengan buku tu?" tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku. Kerana malu, pemuda itu menjawab, "Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit". Seekor burung pipit?" tanya gadis itu kebingungan. "Betul, hanya seekor burung pipit," jawab pemuda lebih tegas. Setelah gadis kecil itu pergi berlalu,si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur. Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat. Seorang polis bertanya, "Apa yang terjadi?" "Saya tidak tahu.Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini. Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya, "Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?" Gadis kecil itu menjawab, "Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang tu pun. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!"

Coretan daripada idea kreatif sahabat Facebook aku, saudara Syahmie Akmal.

Wednesday, 28 September 2011

CERITA DARI LUBANG



KUALA LUMPUR, 27 Sept -- Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Seng (duduk), 65, menunjukkan lengan kanannya yang termasuk dalam lubang tandas di sebuah stesen minyak di Selayang di sini, hari ini...Lelaki tersebut mendakwa beliau cuba menarik keluar kunci keretanya yang termasuk di dalam lubang tandas namun lengannya tersangkut di dalam lubang tersebut...Pihak Bomba dan Penyelamat yang tiba kira-kira 4 petang berjaya mengeluarkan lengan mangsa yang tersepit kira-kira 10 minit kemudian...--foto/informasi sumbangan dari BERNAMA



KUALA LUMPUR, 27 Sept -- Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Seng (duduk), 65, ditenangkan anggota Bomba dan Penyelamat selepas lengan kanannya yang termasuk dalam lubang tandas di sebuah stesen minyak di Selayang di sini, hari ini...Lelaki tersebut mendakwa beliau cuba menarik keluar kunci keretanya yang termasuk di dalam lubang tandas namun lengannya tersangkut di dalam lubang tersebut...Pihak Bomba dan Penyelamat yang tiba kira-kira 4 petang berjaya mengeluarkan lengan mangsa yang tersepit kira-kira 10 minit kemudian...--foto/informasi sumbangan dari BERNAMA

Kalau jadi kepada anda, apa tindakan yang anda akan lakukan. Kunci spare tak ada. Rumah jauh. Kunci rumah pulak ada dalam kereta. Moral of the story ; Jangan simpan kunci kereta dalam poket atas baju anda. Any cadangan? Drop it pada ruanga comment kat bawah.

Tuesday, 27 September 2011

TERKINI DI GB : LEMAS

Air, lembut, mustahak, dan juga boleh menjadi penyebab kematian. Jom kita terjah...


ARAU, 27 Sept -- Orang ramai memerhatikan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjalankan gerakan mencari mangsa lemas, Mohd Nor Hafizie Mohd Nan, 19, di Sungai Arau dekat sini, semalam...Kejadian kira-kira 5 petang semalam, mangsa terjun ke sungai untuk membetulkan bot kawalan jauhnya yang terbalik sebelum dihanyutkan arus deras...Gerakan mencari dihentikan kira-kira 12 tengah malam tadi setelah mayat mangsa gagal ditemui...Usaha mencari diteruskan semula pada 8 pagi ini...--foto/informasi dari BERNAMA.

Dan untuk foto yang lebih jelas menceritakan kejadian, terima kasih kepada sahabat Facebook(
Abu Bakar Abdullah) kita yang turut berada di lokasi serta menyumbang gambar2. Jom kita tengok. Klik le.

02OKT2011 >> MINI XC RACE



Masa
02hb Oktober · 7.00 pagi - 10.00 pagi

Lokasi
Kemensah

Dianjurkan Oleh:

Maklumat Lanjut
We(JW Cyclist) are organising our first ever mini fun XC race.The race will take place at Kemensah.Total distance is approximately 12 km+.There will be a recce ride which starts at 7.30am sharp.
The XC race itself is 4 laps.Prizes will be given to the top 3 riders and there are also 10 lucky draw prizes to be won as well.Total prize is worth above RM 1000.Please note that there are NO entrance fees.All you have to do is to confirm your participation on this event page and SMS your full name and Facebook name to Kelvin at 012-2183876,and be present at the Kemensah mini library at 7am Sharp!.
We are limiting this event to 50 participants only.First come,first serve.
By confirming your participation,you hereby agree that we (JW cyclist) are not held responsible for any mishaps or accidents that occurs during this event.
Good Luck and have fun!

FACEBOOK

LIGHTBULB & BRICKS EATER



Inilah Natalie Hayhurst, si cilik berusia 3 tahun yang merunsingkan ibubapanya kerana memiliki tabiat pemakanan yang pelik, mentol dan lampu merah.
Menurut cerita ibunya Colleen, pada satu malam ibunya mendapati mulut anaknya kerana memakan mentol di bilik tidurnya. Tetapi tindakan pantas ibunya dan team medic telah menyelamatkan anaknya. Dan selepas peristiwa itu, anaknya tidak lagi ghairah untuk memakan mentol walaupun masih perlu diawasi.



Bagaimanapun, anaknya masih lagi suka memungut batu dan ranting untuk dimakannya.
Cuma menurut ibunya, anaknya masih suka memakan ketulan bata seperti orang lain suka memakan 'chocolate chip cookie'.
Apapun, sebagai ibu bapa, kita wajar membimbing tabiat pemakanan sihat dikalangan anak-anak kita.

EEL SI ANAK BELUT


Belut istimewa.. Saisnya dibandingkan dengan alat yang digunakan untuk
mengeluarkannya dari pundi kencing.


Eel atau belut memang menjadi santapan istimewa, terutamanya di Kelantan. Sup belut. Semua orang dah tahu khasiatnya. Tetapi dapatkah anda bayangkan jika belut tersebut memasuki kemaluan anda? Dan yang peliknya, si 'anu' lelaki. Dan inilah yang berlaku pada Zhang Nan dari Honghu, daerah Hubei di China. Ketika itu, dia mengunjungi satu spa yang menawarkan perkhidmatan membersihkan kulit dengan menggunakan belut.
Sedang dia sedang berseronok, tiba2 dia berasa kesakitan yang amat sangat di 'anu'nya dan menyedari seekor anak belut telahpun memasuki anunya dan tak sempat menariknya keluar kerana belut sesemangnya licin. Dan belut tersebut melalui uretranya dan terus ke pundi kencingnya. Dapat anda bayangkan? EEEE... geli aku. Geli kau jugak.
Selepas 3 jam pembedahan, anak belut sepanjang 6 inci dapat dikeluarkan. Menurut doktor, badan belut yang licin memudahkan ia memasuki lubang kemaluan Zhang Nan.
Percaya atau tidak, perkara yang sama pernah juga berlaku di India. Menurut urologists Dr G Vezhaventhan dan R Jeyaraman, budak berusia 14 terpaksa melalui pembedahan kecemasan bila seekor anak ikan bersaiz 2 inci yang terlepas dari pegangannya memasuki lubang kencingnya. Aduh!!!!

BIRDHOUSE >> BICYCLEHOUSE

Pelbagai inovasi ciptaan manusia. Kali ini Lauren Thomas dan Jennifer Karam merekacipta tempat menyangkut basikal, lengkap dengan tempat meniympan helmet sekali. Cun bukan? Dan rasanya tak susah untuk dibina oleh kita sendiri. DIY.. Cun bukan? Wife/Family members pun tentu suka. Tampak kemas dan teratur.




Sunday, 25 September 2011

TERKINI DI GB : KAYUHAN AMAL SATU MALAYSIA

25 September, 2011 18:30 PM

Najib Sertai 5,000 Pelajar Lakukan Kayuhan Amal 1Malaysia

GEORGE TOWN, 25 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai kira-kira 5,000 pelajar sekolah mengayuh basikal sejauh tujuh kilometer dalam program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong di sini.

Najib yang tiba di tempat permulaan di sini pada 7.25 pagi, disambut oleh kira-kira 20,000 pelajar sekolah serta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman.

Perdana Menteri ketika berucap melancarkan program berkenaan berkata program itu mengingatkan beliau yang telah lebih 50 tahun tidak mengayuh basikal, yang kali terakhir semasa zaman kanak-kanak beliau mengayuh basikal dari rumahnya di Sri Taman, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur untuk membeli nasi lemak Tang Ling berdekatan Masjid Negara.

Beliau berkata beliau sanggup berlatih mengayuh basikal dari lobi hotel ke bilik penginapannya sebagai persiapan sebelum menyertai program ini.

"Malam tadi ketika saya mengayuh basikal di hotel saya, sesetengah kakitangan hotel fikir saya tidak siuman untuk berbasikal di sekeliling koridor menuju ke bilik saya.

"Saya terfikir jika saya boleh berbasikal di hotel saya, saya boleh berkayuh tujuh kilometer pagi ini," katanya di hadapan puluhan ribu pelajar, guru dan pemimpin sekolah di sini.

Katanya program ini amat bermakna kepada dirinya kerana ia selari dengan simbol gagasan 1Malaysia yang diasaskannya tanpa mengira latar belakang, bangsa atau agama.

"Saya berbangga dapat mengambil bahagian dalam Kayuhan Amal 1Malaysia untuk Pelajaran bersama-sama kanak-kanak dan keluarga Pulau Pinang," kata Najib.

Beliau turut memuji program itu sebagai satu usaha baik untuk mengumpul dana sejumlah RM15 juta bagi membangunkan 15 Sekolah Menengah Cina termasuk lima Sekolah Menengah persendirian Cina.

"Ia adalah kayuhan yang bernilai dan jika penyertaan saya dalam program untuk tujuh kilometer boleh menarik RM15 juta, saya tidak kisah untuk mengayuh lebih kilometer untuk mendapatkan RM2 juta bagi amal," kata beliau.

Program anjuran Kwang Wah Yit Poh itu turut disertai oleh Koh, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang juga Naib Presiden MCA, Lim, Pengerusi Kwang Wah Yit Poh Datuk Ong Gim Huat dan barisan Exco negeri.

Gambar/Informasi sumbangan = BERNAMA



PULAU PINANG, 25 Sept -- Sebahagian daripada 5,000 peserta Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran memulakan kayuhan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak melancarkannya di Straits Quay, Tanjong Tokong, hari ini.....--foto/informasi sumbangan dari BERNAMA



Sambutan dari rakyat...





GEORGE TOWN, 25 Sept -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (tengah) bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Pengerusi Badan Perhubugan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman (kanan) berbincang sesuatu semasa menunggu ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak pada majlis Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran 2011 di sini, hari ini..--foto/informasi sumbangan dari BERNAMA



GEORGETOWN, 25 Sept -- Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menunjukkan simbol 1Malaysia semasa menghadiri program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong, hari ini.....Program tersebut dianjurkan oleh Kwong Wah Yit Poh bagi menambahkan dana untuk 15 buah sekolah cina di negeri ini.....-- foto/informasi sumbangan dari BERNAMA



PULAU PINANG, 25 Sept -- Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan cek berjumlah RM1 juta kepada wakil sekolah SMJK Heng Ee semasa program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong, hari ini.....--foto/informasi sumbangan BERNAMA









GEORGETOWN, 25 Sept -- 1MALAYSIA... Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (tengah) melambaikan tangan ketika berkayuh pada program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong, hari ini.....Program tersebut dianjurkan oleh Kwong Wah Yit Poh bagi menambahkan dana untuk 15 buah sekolah cina di negeri ini.....-- foto/informasi sumbangan dari BERNAMA






GEORGETOWN, 25 Sept -- 1MALAYSIA... Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (tengah) turut serta ketika berkayuh pada program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong, hari ini.....Program tersebut dianjurkan oleh Kwong Wah Yit Poh bagi menambahkan dana untuk 15 buah sekolah cina di negeri ini.....-- foto/informasi sumbangan dari BERNAMA


Koleksi Gambar Sumbangan Rakan2 Rider Kita

Excelent photos by

Bernard Lim Wey Chyuan

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2453466781432.2145057.1394934682
Pautan
Adrene Teoh Chiew Bee

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2346373294065.135413.1092005142&type=1

Eddie Chan Kum Fatt

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.252724514769821.56055.100000968228953

Chew Saw Leong

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2402949351578.2136756.1186437445&type=1

Botak Penang

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150340286742313.368055.620747312&type=1

Johan Ann

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.238935586154464.52522.100001140728752&type=1

Jackie Lim Wey Na

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2482302982989.2151515.1415030528&type=1

Straits Quay

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.291728564177293.90227.174240635926087


Video




================================================================

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX