LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Monday, 19 September 2011

Widgets

TERKINI DI GB : NPE Ditutup Secara Berperingkat Sempena Larian Adidas Pada 2 Okt Ini

19 September, 2011 18:46 PM

NPE Ditutup Secara Berperingkat Sempena Larian Adidas Pada 2 Okt Ini

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Sebanyak 30 laluan di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) akan ditutup secara berperingkat mulai jam 3 pagi pada 2 Okt ini sempena Larian 'King Of The Road' (KOTR) 2011 anjuran Adidas.

New Pantai Expressway Sdn Bhd, dalam kenyataan hari ini, berkata penutupan berperingkat akan bermula pukul 3 pagi dan penutupan penuh pada pukul 5 pagi sebelum dibuka semula sepenuhnya menjelang pukul 11 pagi pada hari berkenaan.

Katanya sebanyak 30 laluan jalan atau persimpangan akan ditutup bermula dari lampu isyarat Jalan Jengka di Subang Jaya hingga ke Jalan Kuchai Lama dan Pantai Dalam ke arah Kuala Lumpur.

Larian membabitkan kategori 16.8km dan 10km itu akan bermula dan berakhir di Pusat Membeli-Belah Sunyway Pyramid.

Lebih 7,700 peserta dijangka akan mengambil bahagian pada acara larian edisi ke-13 itu di mana juara tempatan akan mewakili Malaysia pada pusingan KOTR Asia Tenggara di destinasi akhir di Filipina pada 23 Okt ini.

Selain Malaysia, larian KOTR Adidas itu turut diadakan di Thailand (15 Mei), Singapura (28 Ogos), Indonesia (25 Sept) dan pusingan kemuncak di Filipina.

Larian itu disokong oleh Kementerian Kerja Raya, pemegang konsesi NPE, Pantai Expressway Sdn Bhd dan Kumpulan Sunway.

SUMBER-- BERNAMA

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX