LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday 16 September 2011

Widgets

PICTURES HAVE THEIR WORDS - P4


Mac2011 : Penduduk satu perkampungan di India sedang menghisap rokok semasa satu Festival Suci yang disambut menandakan berakhirnya musim sejuk. Festival Hindu ini disambut di satu perkampungan di Jaav, 120km di selatan New Delhi, India.




DEAR MOM, I HATE PIANO LESSONS!(Ibu, saya benci pelajaran piano). Foto ini disediakan oleh pihak Muzium Chopin pada 24Mac2011. Sampul surat ini mengandungi surat ditulis oleh composer dan pemain piano berbangsa Polish bernama Frederic Chopin kepada ibubapa dan kakaknya di Warsaw pada tahun 1847. Koleksi surat Frederic Chopin dianggap hilang pada 1939 dan dijumpai semula dan didermakan kepada Muzium Chopin di Warsaw.



Mac2011 : Para pekerja meraikan kejayaan setelah mesin pengorek “Heidi” berjaya memecah seksyen pembinaan yang terakhir di Gotthard Base Tunnel West dekat Sedrun, Switzerland. Projek yang terdiri dari 2 terowong sepanjang 56km dijangka dibuka pada 2016 setelah mulai dibina 2 dekad yang lalu.




Mac2011 : Sebahagian dari cyclist yang melalui Washington Street semasa program tahunan ke enam "Georgia Rides to the Capitol" bertujuan menyokong pembangunan jaringan kemudahan dan laluan basikal. Metro Atlanta Mayors Association (MAMA) dan Georgia Bikes membiayai event tersebut, diiringi oleh polis bermula dari Decatur dan Roswell sehingga sampai di Capitol.




Mac2011 : Seorang polis anti rusuhan yang cerera diusung keluar semasa operasi mencegah rusuhan di kawasan miskin di Oued Koreich, Algers. Penduduk membantah rancangan untuk memusnahkah penempatan penduduk miskin. Kekurangan rumah dan kemiskinan adalah isu utama di Algeria, walaupun Algeria adalah antara pengeksport utama sumber gas.



Seekor rama-rama bermata burung hantu hinggap di cuping telinga seorang biologist di Rainforest Butterfly Farm di Panama City, Panama.



Ogos2011 : Foto dari Jabatan Polis Kinnelon nenunjukkan SUV tersangkut dalam lubang runtuhan yang terhasil akibat tanah runtuh setelah Hurricane Irene membadai sebahagian kawasan di AS.



Ogos2011 : Wanita dan suaminya sedang menunggu pengedaran bantuan makanan dari Oxfam di daerah tengah Turkana, Kenya. Menurut sumber dari UN. Lebih 10,000 orang sudah meninggal dunia akibat kebuluran yang melanda Somalia, Kenya, Ethiopia dan Djibouti. Sekurang-kurangnya 12 juta penduduk mengharap pada bantuan makanan.




Mac2011 : Sebuah pesawat kargo yang terhempas di kediaman penduduk di kawasan Mvoumvou, Pointe-Noire, Congo. Membunuh sekurang-kurangnya 19 orang serta turut menyebabkan kediaman penduduk disekitarnya terbakar.

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX