LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday, 23 September 2011

Widgets

SEKOLAH TAHFIZ AL-NIDAA'




Gambar hiasan sahaja


23 September, 2011 10:45 AM

Al- Nidaa' Anjur Ceramah Perdana Kutip Dana Sekolah Tahfiz Al-amin


KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Buat ibu bapa yang tercari-cari pendekatan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas pendidikan formal kepada anak mereka, penubuhan Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Amin (SMITA) di Chenderong Balai, Teluk Intan mungkin menjadi pilihan.

SMITA yang berkonsepkan sebuah sekolah berasrama dijadual beroperasi sepenuhnya Januari tahun depan dengan pengambilan 40 pelajar.

Dibuka di atas tanah wakaf bersebelahan Sekolah Rendah Agama Al-Amin, penubuhannya adalah atas usaha murni Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia (AL-Nidaa') dengan matlamat utama pendekatan ilmu secara seimbang di atas kefahaman terhadap pelaksanaan Al-Quran dan As-Sunnah.

Menurut Setiausaha Kerja Al Nidaa', Zainuddin Alang Mamat usaha itu selari dengan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zakarshi baru-baru ini supaya pendekatan baru diambil ke atas sekolah berpendidikan Islam.

Selepas sedekad bergiat aktif dalam kebajikan, Al-Nidaa' melangkah satu tapak lagi ke hadapan dengan penubuhan SMITA. Ia adalah satu usaha murni untuk mengangkat martabat pelajar muslim yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malahan memiliki peribadi seorang muslim yang cemerlang berdasarkan kefahaman yang betul terhadap Al-Quran dan As-Sunnah.

LAHIRKAN MODAL INSAN BERPERIBADI ISLAM

"Usaha penubuhan SMITA adalah satu bukti fokus pertubuhan ini selepas sedekad ditubuhkan. Pendidikan adalah medium utama untuk membawa perubahan dalam masyarakat.

Selain modal insan berperibadi muslim, visi sekolah ini adalah untuk melahirkan graduan yang cemerlang dalam karier mereka dengan kemahiran komunikasi dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

"Harapannya agar mereka mampu membawa perubahan dalam masyarakat dengan amalan amar maaruf nahi munkar," jelas Zainuddin.

Selain itu, Al-Nidaa' berharap SMITA akan menjadi sebuah institusi yang dapat melahirkan modal insan terbaik untuk dimanfaatkan ummah dan bukannya ekstremis atau yang menyeleweng akidahnya.

Oleh itu sistem pendidikannya diperluaskan dalam bidang akademik lain seperti sains dan teknologi, matematik, sejarah dan bahasa.

KUTIPAN DANA MAKAN MALAM DAN CERAMAH PERDANA

Al-Nidaa' turut mengajak orang ramai menyumbang bagi menjayakan Majlis Makan Malam Perdana pada 25 Sept ini di Dewan Banquet, MBPJ, Petaling Jaya, yang bertujuan untuk mengutip dana untuk projek SMITA.

Penceramah dan pendakwah terkenal Ustaz Hasrizal Abdul Jamil akan menyampaikan ceramah bertajuk Amar Ma'aruf Nahi Munkar: Survival Umat Islam Merentas Zaman.

Syarikat korporat dan individu boleh menyumbang dan menempah meja pada jamuan itu dengan nilai RM1,500.

Bagi dermawan yang ingin menyumbang sambil meningkatkan ilmu dialu-alukan menghubungi Al-Nidaa' di talian 03-77106900 atau layari laman sesawang www.al-nidaa.com.my.

Sumber = BERNAMA

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX